Flipbook.

Wednesday, September 29, 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri PSS 2010


Tarikh : 29 September 2010
Hari : Rabu
Tempat : PSS

Objektif Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri PSS :

1. Meraikan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri selain dapat mengeratkan silaturahim guru-guru , warga kerja SKB serta pengawas PSS dan memberi peluang untuk beramah mesra.
2. mewujudkan semangat kerjasama antara guru dan pengawas PSS bagi menyediakan sesuatu majlis.

Alhamdulillah, majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PSS 2010 telah berjaya diadakan berkat kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh AJK PSS dan Pengawas PSS. Terima kasih kepada semua warga SK Bangsar yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

Air anggur disediakan oleh Guru Media- Cikgu NazirLontongMakanan yang disediakan ialah lontong, pulut kuning, rendang ayam, roti jala, buah tembikai, kek Sarawak, kuih raya,kek coklat dan kek keju serta minuman air anggur.Nasi goreng cina dan kuih raya yang dibawa oleh murid-muridPengawas PSS menikmati makanan yang disediakanPengawas PSS makan di Bilik Media yang diselia oleh Guru Media Encik NazirPara guru yang hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya PSSMeriahnya suasana rayaPara pekerja dan Cikgu Nik mengambil makanan yang disediakanDeko pelita dan ketupat palas

Tuesday, September 28, 2010

Pertandingan Bola Sepak dan Futsal

Pertandingan Bola Sepak dan Futsal
Tempat : Padang Sekolah dan Futsal
Tarikh : 27 September 2010

Selepas peperiksaan UPSR pelbagai aktiviti dirancang oleh pihak sekolah. Antaranya pertandingan Bola Sepak untuk murid-murid lelaki manakala murid-murid perempuan bermain futsal. Setiap kelas menghantar satu pasukan yang dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Poco-poco - aktiviti memanaskan badanPemain bola sepak mengawal bola.Murid-murid lelaki bermain bola sepakBergambar bersama murid-murid lelaki yang bermain bola sepak.Pengadil - Pn Suzana Nawawi
Murid-murid mengawal bola

Monday, September 20, 2010

Peperiksaan UPSR 2010

makan tengah hari- nasi goreng dan air mineral



Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR
21- 23 September 2010
Pihak warga kerja PSS mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan UPSR.
Buat yang terbaik....Murid menikmati sarapan pagi - air milo dan biskut yang disediakan oleh pihak sekolah sebelum menduduki peperiksaan UPSRMurid beratur mengambil minuman milo panasMohd Fahmi bersama raka-rakan beratur mengambil biskutPuan Siti Rokiah dan Cik Suzana menyediakan minuman milo panas

Thursday, September 16, 2010

PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA (16/09/1963)



HARI MALAYSIA

Pada 16 September 1963 seiring dengan dentuman 101 das tembakan meriam dan teriakan“MERDEKA”, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kelahiran sebuah negara baru kepada seluruh dunia iaitu Malaysia. Stadium Merdeka yang dibanjiri oleh 30,000 rakyat Malaysia telah bergema kembali dengan laungan semangat rakyat seperti 6 tahun yang Ialu dalam tahun 1957 ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya.

Upacara membaca Deklarasi Penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor-gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negara yang baharu di dalam Persekutuan Malaysia laitu Lee Kuan Yew, Donald Stephens dan Stephen Kalong Ningkan. Upacara ini telah dihadiri juga oleh Kabinet, anggota-anggota diplomat asing di Kuala Lumpur serta wakil-wakil dari Kerajaan-Kerajaan yang telah dijemput khas.

Pada 19 Oktober 2009 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 16 Sept sebagai cuti umum mulai tahun ini bagi menyambut Hari Malaysia.Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.

Pengisytiharan tarikh 16 September setiap tahun sebagai hari cuti umum untuk seluruh negeri akan menunjukkan betapa kerajaan Malaysia benar-benar serius dalam menghargai Hari Malaysia. Pengisytiharan cuti umum ini akan membuka ruang untuk sambutan gilang-gemilang sempena Hari Malaysia dilaksanakan.

Tentu sahaja rakyat di Sarawak dan Sabah akan lebih merasakan kebersamaan mereka sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia secara keseluruhan. Maka Hari Malaysia akan dirai bersama sebagai bukti kesedaran dan penghayatan seluruh rakyat daripada seluruh negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Tanggal 16 September diraikan sebagai memperingati hari bersejarah bagi rakyat Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana pelbagai kaum dan etnik bersatu untuk mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.

Pada hari tersebut seharusnya rakyat di seluruh negara dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum dalam suasana muhibah. Gagasan 1Malaysia akan bertambah mudah jika semua kaum dapat bersatu menjadi sebuah masyarakat yang kukuh jati dirinya.

Friday, September 10, 2010

Ketupat


Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

Ketupat palas

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut.


Hari Raya Aidilfitri


Hari Raya Aidilfitri (Arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Adab-adab yang sunat dilakukan bagi kita menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri


Adab-adab yang sunat dilakukan bagi kita menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri antaranya :

Pertama : Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Sesungguhnya laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya. Takbir itu ialah merupakan ibadah.

Kedua : Menurut Syeikh Qulyubi di dalam Kitab Hasyiah telah menyebutkan bahawa menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih hukumnya adalah sunat.

Ketiga : Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri dan bukan mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.

Keempat : Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

Kelima : Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Dari Anas ia berkata : Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan berkata Murajja' bin Raja' telah diceritakan kepada Ubaidullah ia berkata : Telah menceritakan Anas dari Nabi s.a.w. : Dan Baginda memakan tamar itu dalam bilangan ganjil". (HR Bukhari)

Keenam : Menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain, sebagaimana hadis yang maksudnya : "Dari Al-Baraa' ia berkata : Aku mendengar Nabi s.a.w. berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang".

Ketujuh : Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya : Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

1 Syawal 1431, 10 September 2010
Assalamualaikum.....
Pihak AJK Kerja Blog PSS SK Bangsar, ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua guru , murid dan kakitangan SK Bangsar. Ampun dan maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap tanpa disedari. Terima kasih kerjasama yang diberikan untuk memantapkan lagi blog PSS SK Bangsar. Kami juga ingin mengingatkan supaya berhati-hati semasa berada di jalan raya ketika kunjung-mengunjung. Ingatlah kepada insan tersayang.

Saturday, September 4, 2010

Majlis Penutup Ihya' Ramadan

Tarikh : 3 September 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Bestari
Majlis Penutup Ihya Ramadan telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 3 September 2010. Majlis ini berlangsung di Dewan Bestari SK Bangsar pada pukul 8.00 pagi. Objektif majlis ini diadakan untuk memupuk semangat kekitaan dan semangat kerjasama antara satu sama lain antara arga sekolah. Disamping itu menyedarkan warga sekolah tentang hari hari dan bulan-bulan kebesaran Islam serta mengambil iktibar sejarah dan kisahnya. Warga SK Bangsar dapat menimba ilmu dan pengetahuan melalui ceramah serta aktiviti yang dijalankan.
Majlis telah dipengerusikan oleh Pn Normahidah, Pn Masrina dan Pn Suzana Nawawi. Bagi memberkati majlis, bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mansor Bin Kamis. Guru Besar Tuan Haji Nordin Bin Yaman telah sudi menyampaikan cenderahati kepada semua guru. Majlis khatam Al-quran telah diketuai oleh Ustaz Sabri Che Bedolah bersama-sama guru-guru lelaki dan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Guru Besar telah menyampaikan ucapan. Beliau mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga sekolah. Guru Besar menyampaikan duit raya kepada 16 orang guru yang bertuah.
Majlis diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak Ramadan oleh adik Nurul Syafikah dari Tahun 6 Dinamik. Manakala adik Fatin, Alia dan Hasanh telah membuat persembahan Sembang 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris mengenai Ramadan dan Syawal.
Ustaz Najib Bin Jamri telah mengetuai bacaan selawat. Manakala Ustaz Aidid mengetuai majlis Takbir Raya. Ustaz Sabri telah memberi tazkirah Solat Raya Aidilfitri. Encik Azram pula telah memberi taklimat mengenai keselamatan jalan raya. Semoga segala maklumat yang diberikan dapat memberi pengajaran kepada warga sekolah. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati buat murid-murid dan bersalaman antara warga sekolah.

Juruacara Majlis Pn Normahidah, Pn Masrina dan Pn Suzana Nawawi
Bacaan doa oleh Ustaz Mansor Bin KamisUcapan perasmian penutup Ihya' Ramadan 2010 oleh guru besar Tuan Haji Nordin B. Yaman16 guru yang menerima duit raya daripada Guru BesarMurid-murid tahun 4. 5 dan 6Majlis Khatam Al-Quran murid-murid Tahap 2 bersama guru-guru lelaki
Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada semua guru.
Persembahan deklamasi sajak oleh adik Nurul Shafikah 6 Dinamik
Persembahan murid Tahun 4- Sembang 3 bahasa oleh adik Fatin, Alia dan Hasanah
Persembahan deklamasi sajak oleh Encik Ismail B. Ahmad - Guru Penolong Kanan KokurikulumTazkirah Solat Sunat Aidilfitri oleh Ustaz Sabri
Taklimat Keselamatan di Jalan Raya oleh Cikgu Azram
Selawat yang diketuai oleh Ustaz Najib
Takbir raya diketuai oleh Ustaz Aidid Bin Abdul RahmanBersalam-salaman murid-murid bersama guru-guru SK Bangsar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...