Menu Bar

Friday, February 25, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Peringkat Sekolah
Tarikh : 26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Bestari SK Bangsar

7.40 pagi - Murid-murid berkumpul di Dataran PerhimpunanMurid-murid bergerak membawa sepandukCikgu Roslan Mokhtar dan Cikgu Adnan membantu menyusun ais krim yang akan diberi kepada semua murid yang terlibat dalam perarakanMurid bergerak masuk ke sekolah setelah berarak mengikut kelas bersama guru kelas masing-masingAis krim potong yang diberi percumaBurger juga diberikan kepada semua muridAJK Makanan MuridBacaan doa oleh Ustaz Ahmad Abdul Rahim B. Mat JunohJuruacara Majlis - Pn Normahidah Bt Yusof@Hamid, Pn Nor A'an Bt Hasanuddin dan Encik Mansor B. KamisUcapan Guru Besar Sk Bangsar Tuan Haji Nordin B. YamanUstazah Mariati Bt Aman menyampaikan Tazkirah Mengenang Sirah Maulidur RasulPersembahan Nasyid dibimbing oleh Ustazah Khashia'tun Bt Abdul RahmanHadiah yang disediakan oleh Panitia Pendidikan IslamPemenang Sepanduk Bagi Sesi PetangTokoh Maulidur Rasul Tahun 2010 - Cikgu Ruslan BasriHadiah Guru Kelas Tambahan Tahun 6 - Pn Suzana Nawawi

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Tarikh : 15 Februari 2011
Hari : Selasa

Warga PSS SK Bangsar mengucapkan Salam Maulidur Rasul. 1 Malaysia 1 Ummah

Monday, February 14, 2011

Pameran Bertema "Wilayah Persekutuan " 2011

Tarikh : 7 - 28 Februari 2011
Tempat : Pusat Sumber SK Bangsar

Aktiviti :
1. Soalan Kuiz Pameran Bertema
2. Pengunjung Bertuah
3. Peraduan Mewarna Logo Hari Wilayah

Sudut Pameran Bertema

Hadiah Pembeli Bertuah Buku Nilam dan Kad PSS serta Pengunjung Bertuah Bulan Januari 2011

Tarikh : 14 Februari 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan

Tuan Haji Nordin Bin Yaman selaku Guru Besar SK Bangsar sudi menyampaikan hadian kepada pembeli bertuah buku NILAM dan kad PSS serta pengunjung bertuah PSS bagi bulan Januari 2011. Pihak PSS mengucapkan tahniah kepada mereka yang bertuah. Datanglah ke PSS...jika anda bertuah pasti akan dapat hadiah.Pembeli Bertuah Buku NILAM Januari 2011
Pembeli Bertuah Buku NILAM Kategori Guru - Pn HaymalathaGuru Paling Banyak Membeli Buku NILAM - Pn JascintaPembeli Bertuah Kad PSSPengunjung Bertuah PSS Bulan Januari 2011 - Pn MariahHadiah Pembeli Bertuah Buku NILAM Bulan Januari 2011
Kategori Murid
1. Muhd Yusof B. Azmi - 5 Dinamik
2. Siti Nur Afiqah Bt Che Salim - 5 Efektif
3. Nur Hidayah Bt Halim - 6 Fokus
4. Nur Yasmin Bt Mohd Shaugi - 5 Dinamik
Kategori Guru
1. Pn Haymalatha
Guru Paling Banyak Membeli Buku NILAM
1. Pn Jascinta
Pembeli Kad PSS Bertuah
1. Hanisah Binti Omar - 6 Kreatif
2. Muhd Riduan B. Hardinal - 5 Optimal
3. Nurul Nazatul Aina - Progresif
Pengunjung Bertuah Kategori Guru
1. Pn Mariah
2. Pn Mary
3. Encik Nik Zuraidee

Saturday, February 12, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan 1

Tarikh : 12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : PKG Bangsar

Taklimat MAKNA (Majlis Kanser Nasional)
Pihak wakil MAKNA memberi taklimat mengenai punca penyakit Kanser dan cara untuk mengelakkan daripada menghidap kancer.
Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai penyakit kanser dan aktiviti yang dilakukan oleh pihak MAKNA boleh layari laman web berikut :
http://www.makna.org.my/index.asp

Thursday, February 10, 2011

Maulidur Rasul


Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa

Kelahiran

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Waktu Remaja

Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Kerasulan

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad

WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi itu ada 3 tanda-tanda AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Hari Kokurikulum Kali Kedua 2011

Kelab Pusat Sumber Sekolah

Tarikh : 9 Februari 2010 (Rabu)
Masa : 1.45 petang - 3.15 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti :
1. Murid Tahun 6 membuat penanda buku. Hadiah disediakan untuk hasil kerja murid yang terbaik.
2. Murid Tahun 5 mencari artikel berbentuk akademik dan mengunting keratan akhbar.
Kumpulan murid perempuan memilih keratan akhbar yang sesuai.Kumpulan murid lelaki menggunting keratan akhbar.Murid-murid Tahun 6 membuat penanda buku.

Tuesday, February 8, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa PSS dan NILAM Kali Pertama 2011

Tarikh : 8 Februari 2011
Hari : Selasa

Masa : 12.30 tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Bangsar

Agenda :

1.0 Ucapan Pengerusi

2.0 Meneliti dan mengesahkan minit mesyuarat kali pertama 2010

3.0 Jawatankuasa Induk PSS 2011

4.0 Jawatankuasa Kerja PSS 2011

5.0 Jawatankuasa Media 2011

6.0 Aktiviti Tahunan PSS 2011

7.0 Maklumat PSS – Perolehan PSS , Konsep dan Pengurusan PSS

8.0 NILAM

9.0 Hal-hal lain

10.0 Ucapan Penangguhan

Alhamdulillah Mesyuarat Pusat Sumber dan NILAM kali pertama 2011 berjalan lancar. Semoga perancangan tahunan PSS berjalan dengan lancar. Pihak pentadbir mahu menjadikan "Murid suka PSS".

Berkat kerjasama dan komitmen yang diberi oleh guru-guru menyuntik semangat saya selaku Guru PSS untuk memberi perkhidmtan yang terbaik buat warga SK Bangsar tersayang.

Cenderahati buat AJK PSS yang hadir ke Mesyuarat PSS dan NILAM kali pertama 2011


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...