Flipbook.

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

27 November 2011 - 1 Muharram 1433 Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484)
Doa akhir tahun dibaca selepas waktu Asar dan sebelum waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas waktu maghrib pada malam satu Muharram.

Friday, November 18, 2011

GRADUASI TAHUN 6 2011

Pada 18 November 2011

HADIAH KESELURUHAN NILAM 2011

PEMBACA TERBANYAK TAHAP 1 TAHUN 2011
1. NURUL FATIHAH BT ABD RAHIM - 3 RESPONSIF ( 184 BUAH BUKU)
2. AIN NURFITRAH BT BADRUL HISHAM - 3 FOKUS ( 132 BUAH BUKU)
3. NUR AINA SOFEA BT SAMSUL IRWAN - 3 EFEKTIF (124 BUAH BUKU)
PEMBACA TERBANYAK SESI PAGI TAHAP 2 TAHUN 2011
1. AMIRAH PUTERI BT SHAMSUDIN - 6 FOKUS (624 BUAH BUKU)
2. INTAN NURFATEHAH BT AYUB - 5 FOKUS (493 BUAH BUKU)
3. SITI SARAH BT HAZLIN - 5 FOKUS (474 BUAH BUKU)

KEPUTUSAN UPSR 2011

Pada 17 November 2011 keputusan UPSR telah diumumkan.

UPSR 5A
1. HARITH ISKANDAR BIN SAIFUL FAHME
2. HAZIRAH HUDA BT MAZLAN
3. MUHAMMAD FARIS NAJWAN BIN MUHAMMAD RABUAN
4. MUHAMMAD IRFAN BIN MANSOR
5. NUR BARIZAH ALYAA' BT RAHMAT
6. PUTERI NURSOFIYAH BT ISMAIL
7. TASHAYAINI A/P PANNIR SELVAM
8. UMME AYMAN BT AHMAD HISAM

Thursday, November 17, 2011

JAMUAN PERDANA TAHUN 6

Jamuan Perdana Tahun 6 telah diadakan pada 16 November 2011 bersamaan hari Rabu pukul 8.00 malam. Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Amir.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Che Norizam Bt Abdullah Guru Besar SK Bangsar. Antara aktiviti yang diadakan jamuan makan malam, cabutan bertuah, persembahan murid dan guru serta pertandingan pakaian tercantik. Pn Che Norizam Binti Abdullah selaku Guru Besar SK Bangsar menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis. Jamuan makan Pemenang pakaian terbaik- Bustaman - 6 Kreatif Hadiah yang disediakan

Sunday, November 13, 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN 2011

Jamuan Akhir Tahun 2011 telah diadakan pada 12 November 2011 di Impiana Hotel KLCC.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011 telah diadakan pada 12 November 2011 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar.

Thursday, November 10, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM 2011 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan pada 10 November 2011 bertempat di Dewan Toh Puan Norashikin, Kompleks Darul Puteri, Cheras Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Khairil Bin Awang Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan. Tahniah buat sekolah yang memenangi pertandingan anugerah NILAM peringkat negeri WPKL.

PEMENANG TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI WPKL 2011

SEKOLAH MENENGAH
1. REGINA TAN JIAXIN- SMK AMINUDIN BAKI
2. MUHAMMAD NABIL B. MOHAMED NEZAM - SM AGAMA KUALA LUMPUR
3. KAMRAJ A/L SHANMUGANATHAN - SMK BANDAR BARU SERI PETALING

SEKOLAH RENDAH
1. CECELIA TAN XIYIE- SK PUTERI PANDAN 2
2. IMAN NABILA NUR FATEHA BT MOHD NAZUL - SK TAMAN SEGAR
3. ELWIN RAJ A/P PAUL VETHAMUTHU - SK SERI PERMAISURI

Buku ProgramSudut Pameran buku skrap dan Big BookYang Berbahagia Dato' Hj Khairil Bin Awang Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan sudi melawat sudut pameran buku skrap, big book dan boneka.Pameran Boneka

Sunday, November 6, 2011

HARI RAYA AIDILADHA

Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk warga SK Bangsar. Mengerjakan Haji merupakan Ruku Islam yang kelima. Setiap orang Islam yang kemampuan diwajibkan menunaikan Haji sekali seumur hidup.

Thursday, November 3, 2011

SEMAKAN STOK 2011

Pihak Pusat Sumber mengadakan semakan stok bermula 1 - 18 Nov 2011. Semakan buku fiksyen Bahasa MelayuSemakan stok buku Fiksyen Bahasa Inggeris

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2011

Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan pada 3 November 2011 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amir. Intan Sara selaku wakil murid menyampaikan ucapan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah selaku Guru Besar SK Bangsar. Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid-murid SK Bangsar yang berbakat besar. Sebagai penghargaan kepada murid-murid yang berjasa, pihak sekolah memberi sijil penghargaan dan cenderahati buat pengawas sekolah, pengawas PSS, ketua kelas dan tokoh murid. Majlis diakhiri dengan jamuan kelas.

Penyampaian sijil dan hadiah

Dikir barat

Tarian Arab

Ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Bangsar Puan Che Norizam Bt Abdullah

Wednesday, November 2, 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN 2011

Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun pada 2 November 2011 untuk Pengawas PSS bagi menghargai jasa mereka menguruskan PSS dengan baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...