Flipbook.

Friday, April 13, 2012

RAKAN PEMBACA


 KELAYAKAN 
 
Murid yang sudah membaca sejumlah 100 buah buku layak memasuki tahap Rakan Pembaca (RP).

CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA
 
1.Murid sudah membaca lebih 100 buah buku.

2.Murid pada tahap RP akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk memantau pelaksanaan aktiviti.

3.Murid RP dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.

4.Seorang guru pembimbing dicadangkan membimbing 10 ahli RP.

AKTIVITI RAKAN PEMBACA

1. Bercerita
2. Membaca Bersama
3. Ulasan Buku
4.Meminjamkan Buku
5.Bicara Buku / Diskusi Buku
6.Syarahan
7.Forum
8.Lakonan / Sketsa

1. BERCERITA
 Pengenalan
Bercerita kepada rakan/keluarga/jiran tentang isi cerita buku.  Pada akhir sesi bercerita, RP menggalakkan pendengar meminjamkan dan membaca buku tersebut.
 
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Bercerita
1. Dilaksanakan secara formal/informal di sekolah, di rumah, di taman-taman, di tapak perkhemahan, dan sebagainya.
2. Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk RP, guru, keluarga, jiran dan lain-lain.
3. Masa yang dicadangkan untuk aktiviti bercerita sekurang-kurangnya lima minit.

 2. MEMBACA BERSAMA

 Pengenalan
Aktiviti membaca sebuah buku secara bersama-sama dengan tujuan bertukar pandangan tentang buku tersebut.  Buku yang dibaca tidak terikat kepada buku cerita sahaja tetapi juga merangkumi buku-buku akademik seperti buku-buku rujukan mata pelajaran.

3. ULASAN BUKU

 Pengenalan
Menyampaikan ulasan buku cerita yang telah dibaca di hadapan umum.
 Contohnya:
      Kelas, perhimpunan, kumpulan.
Antara kandungan ulasan buku:
      Judul, pengarang, penerbit, sinopsis,  
      tema, penerapan nilai murni.
Pada akhir sesi, pengulas akan menggalakkan murid untuk membaca buku tersebut.

 4. MEMINJAM BUKU
Pengenalan
Meminjamkan buku yang telah dibaca kepada sesiapa sahaja (rakan, guru, keluarga, jiran dan lain-lain).  Ahli RP digalakkan meminjamkan buku milik peribadi atau keluarga.
 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Meminjamkan BukuI.
I.Dijalankan secara informal.
II. Markah diberikan setiap kali buku itu dipinjamkan. (1 markah x 1 orang peminjam)
III. Buku yang dipinjamkan mesti telah dibaca oleh Rakan Pembaca itu sendiri.
  
5. BICARA BUKU/ DISKUSI BUKU
 Pengenalan
Membicakan buku yang telah dibaca berdasarkan sekurang-kurangnya satu daripada aspek berikut:
a) Kritikan umum tentang buku.
b) Membicarakan tentang penulis.
c) Memberikan pandangan / cadangan.
d) Kelebihan dan keistimewaan buku itu.
e) Kekurangan dan kelebihan kualiti fizikal buku.
f) Penggunaan bahasa.
 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Bicara Buku / Diskusi Buku
Membicarakan sebuah buku/diskusi buku boleh dilakukan   bersama individu yang lain atau RP yang lain sebagai ahli panel di hadapan rakan-rakan.

6. SYARAHAN
 Pengenalan
Menyampaikan ceramah, pidato atau ucapan tentang sesuatu topik berdasarkan pembacaan dan rujukan daripada beberapa buah buku.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Syarahan
Dilaksanakan secara formal di kelas, semasa perhimpunan, pertandingan, dan sebagainya.
Markah hanya diberi kepada RP yang melaksanakan aktiviti tersebut.

7. LAKONAN/ SKETSA
 Pengenalan
Melakonkan watak daripada buku yang dibaca.
 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Lakonan / Sketsa
I. Sekumpulan RP melakonkan semula watak-watak berdasarkan
       - keseluruhan buku
       - sebahagian buku
II. Bagi aktiviti kumpulan, markah yang sama diberikan kepada setiap ahli yang terlibat dalam lakonan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...