Menu Bar

Tuesday, July 31, 2012

PROSES TEKNIK BAHAN MAJALAH DAN RISALAH

31 Julai 2012 - Pengawas Pusat Sumber telah membantu memproses bahan majalah dan risalah.
Pengawas Pusat Sumber menulis nombor panggilan untuk majalah

Menulis dan melabel nombor panggilan risalah


SUDUT PAMERAN BERTEMA "SEJARAH TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN "

Pusat Sumber SK Bangsar mengadakan Pameran Bertema ' Sejarah Tema dan Logo Hari Kebangsaan" pada 1 Ogos - 7 September 2012.
Bahan maklumat tema dan logo Hari Kebangsaan yang diperolehi daripada internet telah dicetak.
Maklumat tema dan logo Hari Kebangsaan diliminate.
Sudut pameran 
Sudut Pameran Bertema "Sejarah Tema dan Logo Hari Kebangsaan" telah ditampal.
Tambahkan ilmu dengan membaca dan melibatkan diri dalam aktiviti mewarna logo dan tema Hari Kebangsaan dan kuiz.

Monday, July 30, 2012

PAMERAN BERTEMA “SEJARAH TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN MALAYSIA


1.0         PENDAHULUAN
1.1         Pengenalan
Program ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.Murid akan mengetahui sejarah tema dan logo Hari Kebangsaan Malaysia.
Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti  soalan kuiz dan pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaaan 2012. Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu sejarah.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan warga SK Bangsar.
1.2         Rasional
Mengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.
1.3         Matlamat
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
1.3.1   memupuk minat membaca di kalangan pelajar.
1.3.2   memupuk semangat patriotisme.
1.3.3     memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari
pengalaman pameran yang dijalankan.

            1.4       Objektif
                        Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
1.4.1     Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang  sejarah tema dan  logo Hari Kebangsaan Malaysia.
1.4.2     Mengamalkan hidup bersatu padu kaum dan menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan.
1.4.3     Belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
1.5       Kumpulan Sasaran
            Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
1.5.1     Semua warga SK Bangsar
2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN
Penasihat                              : Pn Che Norizam Bt Abdullah- Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Pn Nor Asiah Binti Bidin
Naib Setiausaha                  : Pn Zalina Binti Muhammad
Bendahari                             :  Cik Norfazliah Binti Mohamad
AJK                                         : Encik Zulkifli Bin Saad
                                                  Cik Amie Binti Ismail
                                                  Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                 Encik Zulkarnain Bin Nordin
                                                 Pengawas Pusat Sumber
3.0       AKTIVITI PAMERAN
            3.1       Sudut Pameran  gambar dan maklumat logo dan tema Hari
Kebangsaan
            3.2       Soalan kuiz terkumpul
            3.3       Pengunjung bertuah
            3.4       Pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaan
4.0       TEMPAT PAMERAN
            4.1       Pusat Sumber Sekolah
5.0       PERALATAN
Papan kenyataan, kertas warna, kad manila, liminate, paku tekan, majalah dan surat khabar.
6.0       TARIKH PAMERAN
Jangkamasa pameran  adalah :
Tarikh             :           1Ogos – 7 September 2012
7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Anggaran Pembelian Hadiah
i.              Kuiz Tahap 1                                 10 orang X RM 6.00 =         RM 60.00
ii.            Kuiz Tahap 2                                 10 orang X RM 6.00 =         RM 60.00
iii.           Pengunjung bertuah                    6 orang x RM 5.00   =         RM 30.00
iv.           Pertandingan mewarna               20 orang X RM 5.00 =         RM 100.00
Logo Hari Kebangaan ( Tahap 1 dan 2)
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN                                RM   250.00
7.2 Bajet
Bil
Bahan
Jumlah
1
Hadiah
RM 250.00
2
Dokumentasi
RM 30.00
3
Gambar
RM 30.00
4.
Album
RM 30.00

Jumlah
RM 340.00

8.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran  ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

9.0 PENUTUP
            Pameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan negara Malaysia. 
 Disediakan oleh :
.......................................................
(CIK NORHAZALINA HASHIM)
GPM

Friday, July 27, 2012

PERADUAN MEWARNA LOGO HARI KEBANGSAAN 2012

Pusat Sumber menganjurkan pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaan bersempena Sambutan Bulan Patriotisme. Borang pertandingan boleh anda dapati di Pusat Sumber SK Bangsar. Tarikh tutup penyertaan 7 September 2012.

BUKU YANG DITERIMA DARIPADA ASDAF

Pusat Sumber SK Bangsar telah menerima 4 buah buku daripada Asrama Darul Falah PERKIM (ASDAF). Pihak Pusat Sumber SK Bangsar ingin mengucapkan terima kasih kepada ASDAF kerana sudi mendermakan 4 buah buku untuk dibaca oleh warga SK Bangsar.



PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SEMPENA BULAN PATRIOTISME

27 Julai 2012
Sempena Bulan Patriotisme, pertandingan melukis poster.
Murid tahun 6
Murid Tahun 5
Murid Tahun 4
 Nama Peserta Pertandingan Melukis Poster "55 Tahun Janji Ditepati"
TAHUN 5
1.       NUR AISYAH NABILA BT AMIR (4 DINAMIK)
2.       SITI AISYAH BT ADNAN (4 DINAMIK)
3.       NOR AISHAH BT MOHD ZAKI (4 EFEKTIF)
4.       SITI SYAFIQA BT MOKHTAR (4 EFEKTIF)
5.       MUHAMMAD DANIEL FAIZ B MOHD EFFENDI (4 FOKUS)
6.       NUR AIN SYAHIRAH BT ZAHABUDIN (4 FOKUS)
7.       NURUL HAYATUN FITTRI BT SHAHRUDIN (4 INISIATIF)
8.       NUR AFRINA NAJWA BT UMAR  (4 INOVATIF)
9.       NUR INSYIRA BT ABU BAKAR ( 4 INOVATIF)
10.   AMEERUL IMRAN B MAHAT  (4 KREATIF)
11.   NUR FAIZYANI BT MOHD FAZAL ( 4 KREATIF)
12.   SHONIA BT MONTAHAR (4 OPTIMAL)
13.   SHAZRYANA BT MASWARI (4 OPTIMAL
14.   MUHAMMAD ZULFIQAR NAJMI (4 PROGRESIF)
15.   NUR IMAN AL AMIN B DAHLAN (4 PROGRESIF)
16.   MUHAMMAD ILHAM B SHOHAIMI (4 RESPONSIF)
17.   MUHAMMAD ILHAM B JAHARI (4 RESPONSIF)
TAHUN 5
1.       NUR FATINI SYAMIMI BT IBNOR HAJAR(5 DINAMIK)
2.       NIK MAZNI IRYANI BT NIK MANSOR (5 DINAMIK)
3.       SYARAFUDDIN AKMAL B SAIFUL AZMAN (5 EFEKTIF)
4.       SIT I NUR AIN BT HASHIM (5 EFEKTIF)
5.       AMIR IZZUDDIN B SABRI (5 FOKUS)
6.       NABILAH AINA BT JAMALUDDIN (5 FOKUS)
7.       NURALYA BT NORDIN (5 INISIATIF)
8.       SITI NORSYAZMIRA BT MOHD BAKRI (5 INISIATIF)
9.       NUR AQILAH BT MD DARHAM (5 INOVATIF)
10.   NUR SHAMMEZA BT MOHD SHAMSOL (5 INOVATIF)
11.   NUR ASMA AQILAH BT MOHD FAIZAL (5 KREATIF)
12.   MOHD FITRI  NAJMI B FAZAL (5 PROGRESIF)
13.   NUR ALIANA SOFEA BT AZAMAN (5 PROGRESIF)
14.   SITI AISYAH BT MOHD SHAIFUL ( 5 PROAKTIF)
15.   MUSTAMIM B BASRI ( 5 PROAKTIF)
16.   HANISAH BT MOKHTAR (5 RESPONSIF)
17.   MUHD HAZIM HAZIQ B ZAINAL (5 RESPONSIF)
TAHUN 6
1.       MUHAMMAD YUSUF B AZMI (6 DINAMIK)
2.       NUR ZAKDATUL FITRAH BT RAZAK (6 DINAMIK)
3.       NUR AIN FARHANA BT ABDUL RAHIM (6 EFEKTIF)
4.       MUHD ZAWAWI B ISMAIL (6 FOKUS)
5.       SITI NUR FARHANA BT AFFENDI (6 INISIATIF)
6.       ALIF NAJMI B ANUAR  (6 INISIATIF)
7.       MD KHAIRUL IMRAN (6 KREATIF)
8.       SITI SARAH  (6 KREATIF)
9.       LUQMAN (6 PROGRESIF)
10.   WAN ZAMATUL FATHIAH (6 PROGRESIF)
11.   ANIQ SYAMI ( 6 PROAKTIF)
12.   NUR DIANA ( 6 PROAKTIF)
13.   SAIFUL ANUAR B IBRAHIM (6 RESPONSIF)
14.   DANIE MUKRISS (6 RESPONSIF)

Nama pemenang :
Tahun 4
1. Nur Aisyah Nabila Bt Mohd Amin - 4 Dinamik
2. Shonita Shorga Bt Montahar - 4 Optimal
3. Siti Aisyah Bt Adnan - 4 Dinamik
Tahun 5
1. Nur Shammeza Bt Mohd Shamsul - 5 Inovatif
2. Nur Aqilah Bt Md Darham - 5 Inovatif
3. Siti Nor syazmira Bt Mohd Bakri - 5 Inisiatif
Tahun 6
1. Muhammad Yusuf Bin Azmi - 6 Dinamik
2. Nur Zakdatul Fitrah Bt Razak - 6 Dinamik
3. Muhammad Zawawi Bt Ismail - 6 Fokus

Thursday, July 26, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA 2012

Majlis berbuka puasa bersama guru-guru dan murid-murid Tahun 6 kelas Nadi (malam) telah diadakan pada 26 Julai 2012 di Dewan Bestari SK Bangsar. Selama lima bulan kelas malam dijalankan pada hari Isnin (8.00-10.00 malam), Selasa (8.00-10.00 malam) dan Khamis (8.00-9.00 malam). Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat memberi impak yang besar untuk diaplikasikan semasa menjawab soalan UPSR yang akan bermula pada 11 September 2012. Cikgu mendoakan kalian semua akan berjaya menjawab soalan UPSR. Terima kasih buat semua guru yang sudi hadir dalam Majlis Berbuka Puasa.
Murid lelaki menunggu waktu berbuka
Murid-murid perempuan
Juadah yang disediakan
Murid-murid perempuan menyediakan minuman




Tuesday, July 24, 2012

PAMERAN BERTEMA OLIMPIK LONDON 2012

Tarikh : 24 Julai 2012
Hari : Selasa
Tempat : Pusat Sumber SK Bangsar
Literasi maklumat - murid membaca dan mencari jawab berdasarkan soalan kuiz yang diberi.
Murid berbincang mencari jawapan soalan kuiz
Murid menulis jawapan kuiz
Murid mencari maklumat jawapan di sudut pameran 
Murid Tahun 1 membaca maklumat Sukan Olimpik London 2012.
Pertandingan mewarna Sukan Olimpik London 2012 murid Tahun 1 dan 3



PANITIA BAHASA INGGERIS

bersempena Bulan Membaca (Bulan Julai) Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan aktiviti  kuiz di Pusat Sumber SK Bangsar. Murid menjawab soalan kuiz berdasarkan buku yang telah dipilih oleh guru-guru Bahasa Inggeris di PSS. Buku yang terpilih diletakkan di sudut pameran buku. Ini merupakan kemahiran literasi maklumat.
buku

Monday, July 23, 2012

LAPORAN RUMAH UNGU 2012

 LAPORAN PENUH

RUMAH UNGU -UNDAN
1.0 PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
            Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar. 
2.0 TEMA
Rumah Sukan Ungu – Undan “Ungu Tetap Unggul” 
3.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Setiap hari Selasa – 2.30 -4.30 petang
4.0 TEMPAT
Padang Sekolah
5.0 OBJEKTIF
i)             Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid dalam sukan olahraga.
ii)            Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
iii)           Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid dalam sukan olahraga.
iv)           Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
6.0  AJK PELAKSANA
Lihat lampiran
7.0 AKTIVITI PELAKSANAAN
i.Pemilihan AJK Rumah Ungu
ii.Latihan Rumah Ungu setiap hari Selasa pada pukul 2.30 – 4.30 petang
iii Pemilihan sukantara, olahraga dan perbarisan
8.0  KUMPULAN SASARAN
Murid-murid SK Bangsar
9.0    IMPAK
1. Murid-murid dan guru-guru memberi kerjasama menjayakan sepanjang latihan dan Hari Sukan.
2. Terdapat murid Tahap 1 yang tidak hadir Hari Sukan yang menyebabkan acara 4 x100 meter dibatalkan bagi rumah ungu.
10.0   LAPORAN
Rumah Ungu (Undan) telah membuat pemilihan AJK Rumah Ungu yang diadakan di kantin sekolah pada 10 April 2012. Latihan rumah sukan telah ditetapkan pada setiap hari Selasa pada pukul 2.30 – 4.30 petang yang diadakan di padang sekolah.Latihan pertama pada 17 April 2012 yang diadakan di padang sekolah. Pemilihan dibuat bagi kategori sukantara, acara olahraga seperti lompat jauh, lontar peluru, 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter.
Acara sukantara telah diadakan pada 19 Jun 2012 bagi acara lompat jauh, lontar peluru dan 100 meter. Hari Sukan berlangsung pada 2 Julai 2012, perbarisan Rumah Ungu dengan slogan “Ungu Tetap Unggul” dan bertemakan “Pahlawan Melayu”. Acara 100 meter dan 4x100 meter untuk semua kategori dari Tahun 1- 6. Terdapat acara 4x100 meter bagi tahap 1 yang telah dibatalkan kerana tidak ada peserta.
Rumah Ungu telah mendapat tempat keempat. Rumah Ungu juga telah mendapat anugerah olahragawan dan olahragawan harapan bagi tahun 2012.
10.0PENUTUP
Kejohanan Olahraga ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Bangsar merasai sendiri pengalaman menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.
11.0LAMPIRAN
i.Senarai nama murid Sukantara
ii.Senarai nama atlet olahraga sesi pagi dan petang.
iii.Senarai nama murid Rumah Sukan Ungu

Disediakan oleh :                
                       

..........................................................
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)
KETUA RUMAH UNGU - UNDAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...