Flipbook.

Tuesday, December 31, 2013

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH

31 Disember 2013- Hari Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Prasekolah
Banner 
Barisan Pentadbir dan guru-guru Tahun 1 2014
Wajah murid-murid Tahun 1 2014
Ucapan Guru Besar - Pn Che Norizam Binti Abdullah 
Pendaftaran Prasekolah Sayang dan Pintar
Cikgu Amie Ismail memberi taklimat ringkas kepada ibu bapa Prasekolah.
Aktiviti mewarna
Lawatan murid-murid Tahun 1 ke PSS

Monday, December 30, 2013

MEJA BACAAN BERMAKLUMAT BAHASA INGGERIS

Pusat Sumber SK Bangsar telah menerima 4 buah meja bacaan sumbangan PIBG SK Bangsar pada tahun 2011. Setiap meja akan diletakkan pelbagai maklumat mengikut mata pelajaran yang dimulakan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris
Meja ini dialas plastik lutsinar
Bahan maklumat Bahasa Inggeris diletakkan di atas meja
gambar bunga untuk menambah keceriaan hiasan meja bermaklumat



Thursday, December 26, 2013

DECO PSS

Deco banner di pintu masuk ke PSS
Banner saiz 2x5 kaki
Banner diletakkan di pintu masuk PSS

DECO KATA-KATA HIKMAH

Pusat Sumber SK Bangsar membuat perubahan hiasan bagi sesi 2014 untuk menarik warga SK Bangsar ke PSS. Selain itu memberi maklumat secara santai.
Cara membuat Bingkai Kata-kata Hikmah
Banner kata-kata hikmah Bahasa Inggeris saiz 2x1 kaki
Polisterin dipotong 2x1 kaki (lebihkan 1/2 inci )
Bingkai saiz 1/2 inci
Banner diletakkan di atas tapak polisterin. Alas plastik di atas banner dan tapak.
Cikgu Zulkifli menampal tulang bingkai dan mengemaskannya
hasilannya


Friday, November 29, 2013

BUKU BARU

Pusat Sumber SK Bangsar telah menerima 10 buah buku yang telah didermakan untuk bahan bacaan warga SK Bangsar.

Sekotak buku telah diterima 


LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2013

LAPORAN PENUH
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2013

1.0 TAJUK PROGRAM

Kem Membaca 1 Malaysia 2013

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

28 Oktober – 6 November  2013

3.0 TEMPAT

            Sekolah Kebangsaan Bangsar

4.0 OBJEKTIF

4.1.Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
4.2.Menggerakkan program galakkan membaca.
4.3.Memupuk minat membaca secara berterusan.
4.4.Mencungkil bakat melukis poster KM1M dan mewarna kulit buku.
4.5.Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
5.0      AJK PELAKSANA
JAWATANKUASA INDUK KEM MEMBACA 1 MALAYSIA  2013
Pengerusi
Pn Che Norizam Binti Abdullah
Guru Besar
Naib Pengerusi
Encik Mohd  Ali Bin Kasmun
GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Nor Shafina Bt Yasak
GPK HEM
Penyelaras  Program
Cik Norhazalina Binti  Hashim
Setiausaha
Pn Zalina Binti Muhamad
Bendahari :
Encik Mohd Nazir Bin Majid
Ahli Jawatankuasa :
AJK Pusat Sumber
Pengawas Pusat Sumber
PA Sistem
Encik Mohd Shahrol Bin Ibrahim
Encik Abdul Halim Bin Abdullah
Juruacara
Cik Norhafizah Binti Azman         
Persiapan Dewan
Encik Nordin Bin Samad
Encik Mohd Sabri B. Che Bedolah
Encik Adenan Bin Mustapha
Disiplin
Encik Norhazlesham Bin Mad
Encik Mohd Faisal Bin Zainal Abidin
Encik Naharuddin Bin Mahpot
Jurukamera
Encik Izatul Akma B. Ab.llah
Encik Mohd Nazir Bin Majid
Hadiah :
Cik Nurfazliah Binti Muhamad
Pn Zalina Binti Muhamad
Cik Amie Bt Ismail
                                                            Dokumentasi        :
Cik Norhazalina Binti Hashim
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
28 Oktober – 6 November  2013
Panitia / Aktiviti
Tarikh /AJK Pelaksana
  1. Membaca Bersama Selama 2013 saat , 33 minit 55 saat
28 Oktober 2013
Guru Bertugas
Tapak Perhimpunan
2.    Tayangan 3D, cerita pendek – Kasut Kelopak Jantung
 28 Oktober – 6 November  2013
Bilik Media
En Mohd Nazir dan Mohd Zulkarnain

  1. Pertandingan Lukisan

“Kem Membaca 1 Malaysia”


29 Oktober 2013
En Mohd Nazir
Tempat : PSS
  1. Pertandingan Mewarna Kulit Buku

28 Oktober – 6 November  2013
Tempat : PSS
5. 10 minit bersama buku
29 Oktober – 6 November  2013
Tempat : Dewan
Guru Bertugas
6. Pengunjung Bertuah Pusat Sumber

Murid
28 Oktober – 6 November  2013
Tempat : PSS

7.0      KUMPULAN SASARAN
Murid Tahap 2

8.0      IMPAK

8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Kem
Membaca 1 Malaysia.
8.2 Murid dapat mencungkil bakat melukis poster Kem Membaca 1 Malaysia dan
mewarna kulit buku.
8.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti
tayangan 3D dan cerita pendek dengan menulis nilai dan pengajaran yang
terdapat dalam tayangan tersebut.
8.4 Murid dapat menggunakan Pusat Sumber untuk mendapatkan bahan rujukan.

9.0      LAPORAN
            Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan pada 28 Okt 2013 di Dataran Perhimpunan . Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Che Norizam bt Abdullah selaku Guru Besar Sk Bangsar. Cik Norhazalina Binti Hashim Guru Pusat Sumber Sekolah telah memberi taklimat Kem Membaca 1 Malaysia. Murid bersama guru membaca buku selama 2013 saat di Dataran Perhimpunan.
Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan beberapa aktiviti antaranya pertandingan Lukisan Kem Membaca 1 Malaysia, mewarna kulit buku, 10 Minit Bersama Buku, tayangan 3D dan cerita pendek dan Pengunjung Pusat Sumber Bertuah.
Pertandingan Lukisan Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan pada 29 Oktober 2014 di Pusat Sumber. Seramai 35 orang murid Tahap Dua telah menyertainya. Murid diterangkan format cara melukis poster. Pihak Pusat Sumber menyediakan kertas lukisan. Murid membaca peralatan lukisan sendiri. Murid melukis poster KM1M selama 2 jam.
Tayangan 3D dan Cerita Pendek – Kasut kelopak jantung. Murid yang telah menonton cerita tersebut diminta menyenaraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut.
Pertandingan Mewarna Kulit Buku, murid-murid mewarna kulit buku mengikut kreativiti. Hadiah misteri diberi kepada pengunjung bertuah PSS sepanjang KM1M.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 11 November 2013 di Dewan Bestari. Encik Mohd Ali Bin Kasmun, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Semua murid melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dijalankan sepanjang Kem Membaca 1 Malaysia.

10.0    PENUTUP
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dilaksanakan dengan sistematik dan terancang yang dapat memberi impak baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca di kalangan  warga SK Bangsar.
11.0     LAMPIRAN
11.1   Nama-nama pemenang pertandingan.
11.2  Gambar-gambar aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia.

Disediakan oleh :                                        

..........................................................
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)

Thursday, November 21, 2013

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2013

Majlis Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan pada 15 November 2013 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar.
Backdrop
Pendaftaran
Persembahan Pembukaan Silat

Hadiah
 Juruacara
 Bacaan doa
 Barisan penerima anugerah
Ucapan Guru Besar- Pn Che Norizam Binti Abdullah
Anugerah Tokoh NILAM Tahap 2
Nur Siti Batrisya Binti Norazman - 5 Dinamik
Guru-guru SK Bangsar

KEPUTUSAN UPSR 2013

14 November 2013- Pengumuman UPSR 2013. Seramai 8 orang murid telah mendapat 5A. Tahniah diucapkan.
Pengumuman keputusan
Berdebar menunggu keputusan 

 Menangis kegembiraan








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...