Flipbook.

Wednesday, May 29, 2013

NAMA PEMENANG PAMERAN BERTEMA TEKSTIL 2013

KUIZ
Tahun 1
1. Tengku Nur Ain Nabila - 1 Proaktif
Tahun 4
1. Mirza Maisara Bt Mohd Fared - 4 Fokus
2. Ahmad Soffuan Bin Zakaria - 4 Dinamik
3. Abdul Muiz Bin Mazeli - 4 Dinamik
Tahun 5
1. Che Norsulhini Bt Che Abdullah - 5 Efektif
2. Nurul Syafiqah Bt Hairol Anowar  - 5 Kreatif
3. Nur Aleeya Fatiha Bt Yaumat - 5 Kreatif
Tahun 6
1. Nur Shammeza Bt Mohd Shamsul - 6 Optimal
2. Nur Alya Nordin - 6 Optimal
3. Farah Azwa - 6 Optimal
PERTANDINGAN MEWARNA
Tahun 1
1. Tengku Nur Ain Nabila Bt Tengku Ahmad - 1 Proaktif
Tahun 2
1. Nur Ain Farisha Binti Rozaidi - 2 Fokus
2. Mashariyane - 2 Fokus
3. Catherina Diana - 2 Dinamik
Tahun 3
1. Nur Ferina Shaila Bt Mohd Andri - 3 Fokus
2. Nur Farzana Binti Jefry - 3 Efektif
3. Nurul Auni Azra Binti Lokman - 3 Efektif
Tahun 4
1. Muhmmad Syazwan Bin Mohd Sofian - 4 Dinamik
2.Abdul Muiz Bin Mazeli - 4 Dinamik
3. Nur Izzah Bt Mohd Razali - 4 Inisiatif
4.Siti Zul Husna Bt Fauzi - 4 Inovatif
5. Nur Syafikah - 4 Progresif
Tahun 5
1. Tengku Nur Ain Natasha - 5 Efektif
2. Nor Syakirah Bt Che Anuar - 5 Inovatif
3. Hafizuddin Bin Hairun - 5 Kreatif
Tahun 6
1. Farah Azwa - 6 Optimal
2. Nur Azrina Bt Hanif - 6 Fokus
3. Nur Shammeza Bt Mohd Shamsul - 6 Optimal
Prasekolah Sayang
1. M. Anif Hakimi B. Mohd Faizal
2. M.Dani Irfan B. M. Herman
3. Raidah Alieya Bt Saharuddin
Prasekolah Pintar
1. Anis Farhana Binti Norhazlesham
2. Siti Nur Balqis Batrisya Binti Norkhairy Hisyam
3. Nur Fatin Syuhada Binti Mohd Zamhuri
Pengunjung Bertuah
Tahap 1
1. Nur Aqilah Najwa Binti Mohd Yani - 2 Dinamik
2. Muhd Aidil Imran Bin Rafik Anuar - 3 Dinamik
3. Nur Farzana - 3 Efektif
4. Rina Regina Bt Abu Hanifah
Tahap 2
1. Nurul Raihana Bt Mohd Ridzuan - 4 Progresif
2. Alif Zakri - 5 Responsif
3. Nurul Raihana Bt Mohd Ridzuan - 4 Progresif
4. Amir Izzudin B. Sabri - 6 Progresif
5. Ahmad Alif Hakim - 6 Inisiatif
6. Muhammad Atari - 4 Inovatif

Monday, May 27, 2013

KECERIAAN PINTU MASUK PSS

27 Mei 2013
Pintu masuk PSS - Sebelum
 Menampal pelbagai maklumat di pintu masuk PSS

Hiasan maklumat mengalu-alukan kehadiran warga SKB ke PSSSKB



Wednesday, May 22, 2013

HARI GURU DAN PEKERJA 2013

Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Bestari SK Bangsar pada 23 Mei 2013.
Buku program
Backdrop







Kek Hari Guru
Lafaz ikrar Hari Guru
Nyanyian lagu Hari Guru
Sukaneka
Persembahan Hari Guru

AKTIVITI BULAN SAINS DAN MATEMATIK 2013

21 Mei 2013- Panitia Matematik telah mengadakan permainan Dam Ular, manakala Panitia Sains melaksanakan pameran Sains di Dewan Bestari SK Bangsar.
Dam Ular
Pameran Matematik
Pameran Sains



Monday, May 20, 2013

BULAN SAINS DAN MATEMATIK 2013

Majlis Perasmian Bulan Sains dan Matematik telah diadakan pada 20 Mei 2013 di Dewan Bestari SK Bangsar.


Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan Selamat Hari Guru.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PKSR 1 2013

Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PKSR1 pada 14-17 Mei 2013. Buat sehabis baik.

Sunday, May 12, 2013

KEM LESTARI PINTAR UPSR 2013

Kem Lestari Pintar UPSR 2013 telah diadakan di PKG Bangsar pada 10-12 Mei 2013. Calon-calon UPSR 2013 didedahkan teknik-teknik menjawab soalan UPSR oleh penceramah jemputan yang berpengalaman.
Bengkel Bahasa Inggeris
Bengkel Matematik
Bengkel Bahasa Melayu
cenderahati daripada SK Bangsar untuk penceramah

Wednesday, May 8, 2013

PERTANDINGAN BERCERITA 2013

Pertandingan bercerita akan diadakan di SK Sri Suria pada 9 Mei 2013. SK Bangsar telah menghantar seorang peserta Tahap 1 dan 2 (Adik Nor Shazwani - 4 Dinamik). Adik Nor Shazwani akan menyampaikan cerita bertajuk " Burung Bayan yang Cerdik)

BURUNG BAYAN YANG CERDIK
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.
Mari-mari kita dengarkan cerita..kisah Burung Bayan yang sangat  cerdik, untuk pengajaran kita semua.(melodi orang kampung)          
Hai… kawan-kawan hendak dengar tak… cerita saya yang bertajuk “Burung Bayan yang cerdik”
-Pada zaman dahulu, ada seorang pencari kayu yang miskin. Pada suatu hari, pencari kayu itu pergi mencari kayu , di dalam hutan. Ketika mencari kayu,  dia menjumpai sebatang pokok yang penuh dengan sarang burung bayan.
- “Aku akan tangkap dan jual burung-burung bayan itu,”katanya. “Aku akan mendapat banyak wang.
- Pada keesokan paginya, pencari kayu,  memanjat pokok tersebut. Dia menyapu getah pemikat pada semua sarang. Pada sebelah petang, burung-burung bayan terbang pulang ke sarang. Mereka terlekat , pada getah pemikat itu.
-“Oh, tolong, tolong,” jerit burung-burung bayan. “Kita terlekat pada getah pemikat!”. Apabila semua dibuang ke tanah, kita terus terbang bersama-sama.” Semua burung bayan bersetuju dengan cadangan ketua mereka.
- Pada keesokan pagi, pencari kayu itu pergi ke pokok,  lalu memanjat pokok itu. Dia berasa hairan, apabila mendapati semua burung bayan telah mati di dalam sarang. Dia pun mencampak burung-burung bayan itu seekor demi seekor. Akhirnya,  sampai giliran ketua burung bayan. Tiba-tiba… pisau pencari kayu terjatuh ke tanah. Burung-burung bayan di tanah fikir.. itu bunyi ketua mereka dicampak. Mereka pun terbang ke udara.
-“Ah mereka tipu aku!” kata pencari kayu . “Ya, ada seekor lagi di dalam sangkar.” Pencari kayu menangkap, ketua burung bayan lalu pulang ke rumah.
-“Tolong, tolong! Jangan bunuh aku (2x),” ketua burung bayan merayu. “Lepaskan aku (2x).”
- Pencari kayu, mengurung ketua burung bayan di dalam sangkar.
- “Aku akan menyanyi dan menjadikan kamu kaya,” kata ketua burung bayan kepada pencari kayu. Pencari kayu berasa amat gembira. “Betul ke kamu akan menjadikan aku seorang yang kaya-raya..hahahaha” Tanya pencari kayu itu kepada ketua burung bayan.
Ting-ting3 …mari2 ….tuan-tuan dan puan-puan ….dengarkan persembahan , nyanyian  burung bayan yang sangat merdu,  di negeri pura cendana….ting3

- Ramai orang datang melihat persembahan nyanyian burung bayan itu.Burung bayan itu menyanyi dengan merdu.
Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu
Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu

Ha ha ha ha…
Ha ha ha ha…

Ku penghibur hati duka
Hilang , nestapa datang suka
Bintang,  di balik awan senyum

Lalala… Lalala…
Lalala… Lalala…(2x)

-Orang ramai memberi wang dan barang-barang kepada pencari kayu. Lama-kelamaan pencari kayu itu kaya.
-Pada suatu hari, Raja negeri Pura Cendana,  menjemput pencari kayu ke istana. “Beta ingin melihat burung bayan yang pandai menyanyi,”perintah Raja.
-“Suruh burung bayan itu menyanyi dengan merdu”.
pura cendana pura cendana
negeri aman dan sentosa (2x)
alam syah bana x2
nama seri paduka baginda (2x)

marilah berdoa kepada yang maha esa hai
moga-moga kita hoi  jauh dari bahaya

pura cendana x2
negeri indah,  serta subur

kerna sultannya (2x)
adil memerintah negeri

marilah berdoa  kpd yang maha esa hai
moga moga kita hoi jauh dari bahaya


Sungguh merdu suara burung bayan itu,”kata Raja. “Beta berasa sungguh gembira. Beta mahu beli burung itu,”
Pencari kayu ,menjual burung bayan itu kepada Raja. Dia mendapat sekarung wang daripada Raja.
-Burung bayan itu tinggal di dalam sangkar yang besar dan cantik. Setelah beberapa lama tinggal di istana, ia teringat kepada rakan-rakannya.
-“Rindunya aku kepada rakan-rakanku.” Bisik burung Bayan.
- Dia ingin mencari jalan untuk melepaskan diri.
- Pada suatu hari, burung bayan itu berpura-pura mati. Raja berasa sangat sedih.
-Raja memerintah pengawalnya menanam bangkai burung bayan itu di dalam taman. Apabila diletakkan di atas tanah, burung bayan itu pun terbang melarikan diri ke dalam hutan.
Hai kawan-kawan,
Dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita semua teladan,  bahawa setiap masalah yang kita hadapi pasti ada jalan  penyelesaian, jika kita menggunakan akal seperti burung bayan tadi.


MAJALAH KUNTUM BULAN MEI 2013

Gambar murid-murid SK Bangsar telah dimuatkan dalam Majalah KUNTUM Keluaran Bulan Mei 2013. Warga SK Bangsar boleh membeli majalah KUNTUM di PSS berharga RM3.00 sahaja. Majalah KUNTUM mempunyai pelbagai info bersifat ilmiah dan bahan-bahan UPSR untuk dibaca.
Muka depan majalah KUNTUM Bulan Mei 2013
Gambar dan maklumat SK Bangsar muka surat 41

muka surat 42- wajah-wajah ceria murid SK Bangsar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...