Flipbook.

Sunday, August 11, 2013

LAPORAN MINGGU PUSAT SUMBER SK BANGSAR

1.0 TAJUK PROGRAM
Minggu Pusat Sumber SK Bangsar
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh             : 17- 21 Jun 2013
3.0 TEMPAT
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar 
4.0 OBJEKTIF
4.1       Memenuhi kriteria penilaian PSS
4.2       Mempromosikan PSS
4.3       Meningkatkan penglibatan warga sekolah dalam aktiviti yang
dianjurkan oleh PSS
4.4       Memberi peluang kepada murid melahirkan bakat mereka
4.5       Menggalakkan murid membaca buku.
4.6       Menambahkan pengetahuan murid
5.0       AJK PELAKSANA
Penasihat                  : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                 : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK Tadbir & Kurikulum
Naib Pengerusi        : Pn Nor Shafina binti Yasak –GPK HEM
                                      Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                      Pn Tanma Rajasegaran- Penyelia Petang
Penyelaras                : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha               : Pn  Nor Asiah Bt Bidin
Naib Setiausaha      : Pn Cik Norhamizah Binti Omar
Bendahari                 :  Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera               :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK     Hadiah           : Pn Wan Izyan Binti Wan Mahadi
                                      Pn Faraezah Bt Mohd Kamal
                                      Pengawas Pusat Sumber
Pameran dan Tayangan : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                          Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
6.1       Pameran Bertema Boneka
6.2       Maklumat mengenai  maklumat pelbagai jenis boneka
6.3       Soalan kuiz terkumpul
6.4       Pengunjung bertuah
6.5       Pertandingan mewarna kulit buku, dan mereka cipta watak boneka
6.6       Pameran buku berkaitan boneka
6.7       Edaran brosur Pusat Sumber
6.8       Tayangan video boneka
6.9       Tayangan 3D
7.0      KUMPULAN SASARAN
Warga SK Bangsar
8.0 IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Minggu     
      Pusat Sumber.
8.2 Murid dapat mengetahui dan mengenali .maklumat mengenai jenis-jenis
 serta sejarah boneka dan cara membuat boneka.
8.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti kuiz
melalui pencarian  jawapan di sudut pameran   bertema boneka di Pusat
Sumber.
8.4 Murid dapat menggunakan Pusat Sumber untuk mendapatkan bahan rujukan.
8.5  Murid menyertai dan menonton tayangan 3D yang diadakan di Bilik Media.
9.0 LAPORAN
Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan Minggu Pusat Sumber pada 17 – 21 Jun 2013 bertempat di PSSSKB. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi mendekatkan warga SK Bangsar terhadap perkhidmatan yang terdapat di PSS.
            Penyertaan daripada warga SK Bangsar amat menggalakkan. Murid-murid begitu teruja menyertai aktiviti yang telah dianjurkan seperti kuiz pameran boneka, pertandingan mewarna dan melukis kulit buku. Murid dapat melihat merasai pelbagai jenis boneka yang dipamerkan. Aktiviti mewarna dan mereka cipta nama boneka, murid-murid berpeluang menggunkan kreativiti dan idea untuk mewarna dan memberi 6 nama boneka yang diberi.
Buat kali pertama Pusat Sumber mewujudkan tayangan 3D di Bilik Media. Sambutan tayangan 3D begitu menggalakkan. Tayangan 3D diadakan pada waktu rehat. Tayangan 3D yang pertama bertajuk Dinosaurs Alive. Perkhidmatan tayangan 3D merupakan perkhidmatan terkini yang terdapat di PSS.
Sepanjang Minggu Pusat Sumber,warga SK Bangsar telah diberi brosur PSS dan Program NILAM serta cenderahati berupa penanda buku. Moga memberi ilmu dan maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
            Majlis penyampaian hadiah diadakan pada 15 Julai 2013 yang telah disempurnakan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang memenangi acara pertandingan yang dianjurkan oleh PSS.
10.0    PENUTUP
            Minggu Pusat Sumber  telah dilaksanakan dengan sistematik dan terancang yang dapat memberi impak baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca di kalangan  warga SK Bangsar. Selain itu, mendekatkan para pelajar dan guru dengan buku dan Pusat Sumber.
11.0     LAMPIRAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...