Flipbook.

Sunday, December 21, 2014

LAPORAN PAMERAN BERTEMA BULAN PATRIOTISME DAN MOKHTAR DAHARI

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1  Pameran Bertema Bulan Patriotisme dan Mokhtar Dahari

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

18 Ogos -26 September 2014

3.0 TEMPAT

3.1 Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar

4.0 OBJEKTIF

4.1.      Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan  berusaha untuk  mengekalkan kemerdekaan ini.
4.2       Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang
telah mengharumkan nama Malaysia.
4.3       Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
4.4       Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan   Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
4.5       Murid dapat mengetahui sejarah tokoh sukan negara iaitu Mokhtar Dahari.

5.0      AJK PELAKSANA
Penasihat                                : Pn Che Norizam Bt Abdullah- Guru Besar
Pengerusi                                : Pn Siti Maziah Binti Malik – GPK 1
Naib Pengerusi                       : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Pn Norsilah Binti Dali – GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran – Penyelia Petang
Penyelaras                              : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                              : Cik Rafeah Binti Badaruddin
Naib Setiausaha                      : Pn Cik Norhamizah Binti Omar
Bendahari                                : Pn Juraidah Nadiah Binti Rahmat
AJK     Hadiah                         : Pn Zalina Binti Mohamad
                                                  Pn Faraezah Bt Mohd Kamal
                                                  Pengawas Pusat Sumber
Pameran dan Tayangan :       :  Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                   Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Jurukamera                            : Encik Zulkifli Bin Saad

6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN

6.1       Sudut pameran  gambar tokoh-tokoh negara dan maklumat logo
dan tema Hari Kebangsaan
6.2       Soalan kuiz terkumpul
6.3       Pengunjung bertuah
6.4       Pertandingan mewarna logo tema Hari Kebangsaan
6.5       Pertandingan mewarna “Malaysia…Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”
dan “Kami Anak Malaysia” 
6.6       Galeri Sejarah
7.0      IMPAK

7.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan
Pameran Bertema Bulan Patriotisme dan Mokhtar Dahari.
7.2 Murid dapat mencari maklumat sejarah kemerdekaan dan Mokhtar Dahari.
7.3 Mengcungkil bakat dan kreativiti murid mewarna tema Hari Kebangsaan.

7.0 LAPORAN
Pameran Bertema Bulan Patriotisme dan Mokhtar Dahari telah diadakan di Pusat Sumber SK Bangsar pada 18 Ogos -26 September 2014 . Pameran ini memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai sejarah kemerdekaan dan Mokhtar Dahari. Aktiviti yang diadakan ialah sudut maklumat serta bergambar maklumat kemerdekaan dan Mokhtar Dahari, kuiz, pertandingan mewarna, pengunjung bertuah dan pameran buku
Sambutan daripada murid-murid amat menggalakkan dengan penglibatan murid melalui aktiviti yang dianjurkan oleh PSS. Secara tidak langsung memberi pembelajaran kendiri melalui literasi maklumat di sudut pameran yang disediakan.

9.0 PENUTUP

Pameran Bertema Bulan Patriotisme dan Mokhtar Dahari  dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan daripada AJK pelaksana dan Pengawas Pusat Sumber . Semoga aktiviti  ini dapat memberi impak yang berguna kepada warga SK Bangsar.

10.0     LAMPIRAN

Gambar-gambar aktiviti dan nama pemenang Pameran Bertema Bulan Patriotisme dan Mokhtar Dahari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...