Monday, May 30, 2011

Cuti Penggal Pertama 2011

Pihak PSS SKB ingin mengucapkan selamat bercuti penggal pertama dari 28 Mei - 12 Jun 2011. Penuhi masa cuti ini dengan perkara yang bermanfaat. Murid-murid Tahun Enam selamat menghadiri kelas tambahan dari 30 Mei - 2 Jun 2011.

Sunday, May 29, 2011

Perjumpaan Ibu Bapa Angkat

Tarikh : 27 Mei 2011
Masa : 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat

Agenda :
Ucapan Pengerusi Majlis
Ucapan Guru Besar
Penyampaian Surah Yasin
Suaikenal ibu bapa angkat
Jamuan

Thursday, May 19, 2011

PELANCARAN ALUMNI 1961-2011 DAN SAMBUTAN JUBLI EMAS








Tarikh : 21 Mei 2011
Jaualan barangan ATV
9.00 pagi (Majlis terbuka).
Senamrobik

9.30 pagi :
- Bacaan Doa
...- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan Aluan oleh Guru Besar SKJB
- Persembahan sekolah - Teater dan nyanyian
- Pameran kereta lumba F1 oleh SIC
- Pameran motor berkuasa tinggi
- Pameran sudut SKJB
- Acara cabutan bertuah 1 dan 2
- Pertunjukan pencengahan kebakaran daripada pihak Bomba
- Pameran anti dadah daripada pihak ADK
- Pertunjukan menyelamat daripada JPA3
- Kaunter bayaran saman PDRM dengan kerjasama TM Net.
- Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara
- Kaunter Pemeriksaan Kesihatan.
- Pertandingan Bintang Kecil (bawah 12 tahun sahaja).
- Petandingan Futsal Kategori Lelaki dan Perempuan (bawah 12 tahun).

8.00 Malam
(Majlis Khas/Tertutup hanya untuk bekas murid dan bekas guru SK. Bangsar sahaja).

- Ketibaan bekas-bekas guru SKJB
- Ketibaan YB Senator Dato’ Raja Nong Chik B. Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
- Ucapan aluan Pengerusi Majlis
- Ucapan aluan Pengerusi Penaja

Aktiviti sepanjang hari..siang sahaja...
-Pertandingan menyanyi (cd sendiri)
-Rumah Hantu
-Permainan belon angin.
-Permainan dalaman seperti baling dart, kereta rc, baling tin dll.
-Memandu ATV 90cc bawah 12 tahun sahaja.
-Pakaian terpakai
-Pameran ular sawa
-Pameran arnab
-Pameran kucing
-Pameran batik
-Gerai jualan makanan dan minuman.

Monday, May 16, 2011

Hari Wesak

18 Mei 2011

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.

Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:

  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Wesak

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 16 Mei 2011 (Isnin)
Masa: 7.30 pagi
Tempat : Dewan BestariAtur cara :
7.45 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di dewan
8.00 pagi : Bacaan doa oleh Ustaz Amir Amzar B. Mohd Rahman
8.10 pagi : Ucapan Perutusan Perdana Menteri oleh Pn Zaleha Bt Yusoh
8.20 pagi : Ucapan Perutusan Pengarah KPM oleh Pn Tg Khairul Zahiah
8.30 pagi : Ucapan Perutusan Menteri Pelajaran oleh Ustaz Mohd Sabri
8.40 pagi : Ucapan Wakil Murid - Ketua Pengawas
8.50 pagi : Ucapan Wakil Guru oleh En. Rosdan B. Abu Jadid
9.00 pagi : Ucapan Pentadbir SKB oleh En. Mohd Ali Bin. Kasmun
9.10 pagi : Lafaz Ikrar oleh Warga Pendidik SKB
9.20 pagi : Nyanyian Lagu Tema Hari Guru 2011
9.30 pagi : Acara sukaneka dan permainan berlangsung
11.00 pagi : Persembahan Murid
11.10 pagi : Majlis Penyampaian Hadiah - Anugerah Guru / Staf dan Permainan
11.30 pagi : Persembahan Guru
12.00 tengah hari : Jamuan Makan

" GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

16 MEI 2011

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif:
  • " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Guru_di_Malaysia




Tuesday, May 10, 2011

Alumni

Keratan Akhbar Kosmo 4 Mei 2011

Pelancaran Alumni 1961 - 2011 dan Sambutan Jubli Emas

21 Mei 2011

Aturcara:

1. Persembahan dari pihak sekolah.
2. Pertandingan Bintang Kecil.
3. Pameran Kereta Lumba F1.
4. Pameran Motor Berkuasa Tinggi 1000cc ke atas.
5. Pameran Sudut SKJB.
6. Pameran Anti Dadah pihak ADK.
7. Pameran pihak Penjara Malaysia.
8. Kaunter Bayaran saman PDRM dengan kerjasama Tm Net.
9. Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara.
10. Kaunter Pemeriksaan Kesihatan.
11. Acara Cabutan bertuah 1 dan 2.
12. Pertunjukkan Anjing Pengesan oleh pihak K9.
13. Pertunjukan Pencegahan Kebakaran oleh pihak Bomba.
14. Perasmian oleh Y.B. Senator Dato' Raja Nong Chik B. dato' Raja Zainal Abidin,
Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.
15. Gimik Perasmian.
16. Penyampaian Anugerah Jasamu Dikenang.
17. Persembahan Artis Jemputan.

Makan buah

Pisang emas
6 Mei 2011 - Pisang diberi percuma kepada pengunjung PSS termasuk guru-guru pada waktu rehat.

5 Mei 2011 - Buah mangga muda dan sengkuang dicampur dengan kuah rojak dan diberi percuma kepada murid yang datang ke PSS waktu rehat.Buah mangga epal (didermakan oleh Cikgu Roslan Mokhtar)dan mangga telor
Sengkuang

Sunday, May 8, 2011

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan 2011



Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Nasyid SK Bangsar kerana telah menjadi johan dalam Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Teruskan usaha semua untuk pertandingan nasyid di peringkat kebangsaan.Johan keseluruhan SK Bangsar (Zon Bangsar)Solo Terbaik...Adik Hamdani

Saturday, May 7, 2011

Pameran Bertema Buah-buahan

Pusat Sumber SK Bangsar sedang mengadakan Pameran Bertema Buah-buahan pada 3 hingga 27 Mei 2011.Sudut pameran dalam Pusat Sumber SK Bangsar

Wednesday, May 4, 2011

Makan Buah-buahan

Sempena Pameran Bertema Buah-buahan, Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan makan buah mangga dan mempelajari cara-cara menyediakan air koktel buah-buahan.
4 Mei 2011
Murid-murid melihat cara memotong buah mangga.Murid-murid berkesempatan merasai sendiri buah mangga dan air koktail yang diberi percuma kepada pengunjung pada 4 Mei 2010. Buah mangga ini didermakan oleh Guru Besar SK Bangsar Tuan Haji Nordin Bin Yaman manakala minuman koktail telah disediakan oleh Pn Masrina. Murid merasai mangga yang telah siap dipotong. Air buah-buahan campuran yang siap untuk diminum

Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia

Pada 4 Mei 2010 merupakan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia. Temanya ialah "Bersama Mencegah Kebakaran".

Tuesday, May 3, 2011

Kegunaan pisang


Di Malaysia, pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya.
Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek.
Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan.

Monday, May 2, 2011

PAMERAN BERTEMA BUAH-BUAHAN


Pusat Sumber SK Bangsar sedang mengadakan pameran bertema "Buah-buahan" pada 3 hingga 27 Mei 2011 yang bertempat di PSS. Aktiviti yang diadakan ialah pameran buah-buahan, soalan kuiz, pertandingan mewarna dan pengunjung bertuah. Setiap aliran dan kategori akan diberikan hadiah. Jangan lepaskan peluang anda. Tambahkan ilmu anda dengan membaca.

Maklumat lanjut boleh berjumpa dengan Cik Norhazalina Hashim (Sesi Pagi) atau Cik Nor Asiah Bidin (Sesi Petang)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...