Sunday, July 31, 2011

PAMERAN BERTEMA PAKAIAN TRADISIONAL MALAYSIA

Pusat Sumber SK Bangsar sedang mengadakan Pameran Bertema Pakaian Tradisional Malaysia dari 1 hingga 26 Ogos 2011. Pelbagai aktiviti sepanjang pameran ini iaitu Sudut Pameran, Pameran Buku, Kuiz, Mewarna dan pengunjung bertuah.

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.



Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.




Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.




Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya.



Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.



Pakaian ceongsam dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara barat.

Ceongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'ceong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.


Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Ceongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.


Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri dari pada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.
Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang berwarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.


Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan selamat berpuasa kepada warga SK Bangsar.

Friday, July 22, 2011

PROGRAM BERLIAN 2011





Tarikh : 23 - 24 Julai 2011
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : SK Bangsar

Program Berlian tahun 2011 bermatlamat untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Program ini disasarkan kepada murid-murid cemerlang Tahun Enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2011.
Program ini adalah bentukl motivasi dan bengkel-bengkel menjawab soalan bagi mata pelajaran UPSR. Secara tidak langsung, program ini dapat memupuk dan seterusnya meningkatkan kesedaran para pelajar terbabit untuk terus bersemangat belajar dengan lebih tekun dan gigih.
Disamping itu juga, melalui aktiviti-aktiviti dan bengkel-bengkel yang dirancang, diharapkan dapat memberi input berguna untuk pelajar sasaran untuk maju ke hadapan seterusnya mengetahui teknik-teknik menjawab soalan dengan efisen.
OBJEKTIF:
1. Memantapkan penguasaan ilmu pengetahuan murid terhadap konsep dalam subjek peperiksaan.
2. Meningkatkan jati diri murid di dalam semua aspek.
3. Membina keyakinan murid.
MATLAMAT :
1. Meningkatkan kecemerlangan akademik, disiplin dan sahsiah pelajar.
2. Memupuk kesedaran dalam diri pelajar supaya rajin berusaha.
3. Melahirkan murid-murid yang berdaya saing.

Taklimat ringkas daripada Cikgu Naharudin
Pendaftaran para peserta Program Berlian

Monday, July 18, 2011

Penyampaian Hadiah Pameran Bertema Buah-buahan

Hari : Isnin
Tarikh : 18 Julai 2011
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dataran Ilmu
Penyampaian hadiah kepada para pemenang Pameran Bertema Buah-buahan telah disampaikan oleh Pn Che Norizam Bt Abdullah selaku guru besar SK Bangsar.

Saturday, July 16, 2011

PROGRAM RAMAH MESRA DAN RAKAN CEMERLANG

Tarikh : 16 Julai 2011

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Bestari SK Bangsar

Anjuran : Unit Bimbingan Kaunseling SKB dan IPGKBM

Seramai 30 orang murid dari kelas 6 Dinamik dan 6 Efektif telah terpilih mengikuti program ini. Murid-murid diberi kakak dan abang angkat yang terdiri daripada para pelatih dari Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pn Normahidah selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Bangsar. Bagi memberkati majlis Ustaz Amir telah membacakan doa. Pn Che Norizam Bt Abdullah Guru Besar SK Bangsar telah menyampaikan ucapan dan penghargaan kepada pihak IPKBM kerana sudi memilih SK Bangsar untuk Program Ramah Mesra dan Rakan Cemerlang. Program ini memberi manfaat kepada para murid untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan dalan UPSR 2011.

Monday, July 11, 2011

Lawatan Sambil Belajar ke KLIA

Tarikh : 12 Julai 2011
Pada 12 Julai 2011 bersamaan hari Selasa pihak Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke KLIA. Seramai 40 orang murid terdiri daripada murid-murid tahun 3, 4,5 dan 4 orang guru pengiring yang diketuai oleh Cik Norhazalina Binti Hashim, Cik Nor Asiah Bt Bidin, Encik Mohd Nazir B. Majid dan Encik Zulkifli B. Saad. Murid-murid memberi sarapan pagi nasi ayam goreng cina. Tepat pada pukul 8.45 pagi murid-murid bertolak ke KLIA. Peserta rombongan tiba di KLIA pada pukul 10.00 pagi. Kami disambut oleh Pn Norazifariza dari MAS
Merasai pengalaman menaiki aerotrain
Penerangan mengenai peraturan yang perlu dipatuhi setelah tiba ke KLIA dari luar negaraTempat melihat bagasi

Pn Norazifariha wakil membuat kesimpulan dan rumusan hasil daripada lawatan ke KLIA.

Murid membaca maklumat di sudut pameran yang terdapat di KLIA.

Pulang ke SK Bangsar

Sunday, July 10, 2011

Percubaan UPSR Selaras WPKL 2011

Tarikh : 11- 13 Julai 2011
Pihak Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan selamat menduduki Percubaan UPSR Selaras WPKL 2011. Buat yang terbaik. Moga mendapat 5 A

Wednesday, July 6, 2011

Bengkel Menjawab Soalan UPSR 2011

Tarikh : 5 -8 Julai 2011
Selasa - Matematik
Rabu - Bahasa Malaysia
Khamis - Bahasa Inggeris
Jumaat - Sains

Monday, July 4, 2011

1Murid 1Sukan 1Malaysia dan Hari Sukan Kali ke 47

Pada 2 Julai 2011 telah mengadakan Majlis 1Murid 1Sukan 1Malaysia dan Temasya Sukan Tahunan yang ke 47 bertempat di padang SK Bangsar. Majlis dimulakan dengan pendaftaran Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia untuk semua murid. Pn Norlaili memberi taklimat ringkas. Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Bangsar Tuan Haji Nordin Bin Yaman.Senamrobik dimulakan sebelum larian diadakan pada tepat pukul 8.00 yang dilepaskan oleh Tuan Haji Nordin B. Yaman.




Larian 1Sukan 1Murid 1 Malaysia





Sukaneka murid Tahap 1







Persembahan waktu rehat







Sukaneka Prasekolah





Kejohanan Olahraga Tahap 2




Keputusan Kejohanan Sukan Tahunan 2011. Tahniah Rumah Merah (Merak) yang menjuarai Sukan Tahunan 2011, Naib Johan disandang oleh rumah Hijau (Helang) dan tempat ketiga rumah Unggu (Undan).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...