Sunday, February 26, 2012

WAKTU OPERASI PUSAT SUMBER SK BANGSAR 2012

membaca buku
Menyiapkan kerja sekolah
Align Center

OPERASI

WAKTU SESI PAGI

Isnin– Jumaat

Sesi Pasi : 7.15—7.30 pagi (Selasa –Khamis)

Waktu Rehat Tahun 1 : 10.10.10.30 pagi

Waktu Rehat Tahun 5 & 6 : 10.40 - 11.00 pagi


WAKTU PERKHIDMATAN SESI PETANG

Sesi Petang: 12.00 - 12.45 tengah hari (Isnin - Khamis)

12.30 tengah hari—1.30 petang (Jumaat)

Waktu Rehat

Waktu Rehat

Tahun 1 :

Tahun 2 & 3 : 4.10 - 4.30 petang

Saturday, February 25, 2012

KEMUDAHAN PUSAT SUMBER SK BANGSAR

Sudut bacaan guru
InfoPSS
Big Book
Raga Ilmu
Sudut pameran
Pohon ilmu Bahasa Inggeris
Pameran pakaian tradisional Malaysia
Papan kenyataan Pusat Sumber SK Bangsar di lorong ilmuMaklumat Sistem Dewey, Program NILAM dan peraturan penggunaan PSS

Pusat Sumber Sekolah atau lebih dikenali sebagai PSS adalah satu tempat dimana dikumpulkan segala jenis alat dan bahan media pendidikan. Semua bahan dan alat ini dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur supaya pengguna mudah untuk menggunakannya.
Kebanyakkan guru ataupun murid telah tersalah anggap. Mereka menganggapkan bahawa PSS itu adalah perpustakaan, sebenarnya PSS merangkumi keseluruhan sekolah manakala perpustakaan adalah salah satu komponen yang ada dalam PSS.Konsep sebenar PSS adalah merangkumi semua aspek pengajaran dan pembelajaran, melalui penggunaan alat dan bahan yang disediakan.

Pusat Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Ia berfungsi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah P&P yang berkesan. Ia perlu menjadi ‘centre of action’ , ‘centre of learning’ dan ‘centre of consultancy’. Sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi P&P, ia memainkan peranan utama sebagai agen perubahan ke arah rakyat yang celik maklumat dan ilmu pengetahuan. Peranannya perlu diperkukuhkan lagi sekiranya negara ingin mengeluarkan pekerja bermaklumat (knowledge worker) sebagai pemimpin generasi masa depan.

Tahap penggunaan PSS di kalangan guru-guru dan para pelajar SK Bangsar masih belum mencapai tahap optimum. Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar PSS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi sekolah tercapai.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Februari 2012 di Dewan Bestari SK Bangsar. Tema tahun ini ialah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".


Murid berkumpul di padang sekolah


Persembahan murid

Friday, February 24, 2012

PAMERAN BERTEMA "HARI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN"

TARIKH : 2-29 FEBRUARI 2012
TEMPAT : PUSAT SUMBER SK BANGSAR
Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan pameran bertema "Wilayah Persekutuan Labuan". Maklumat mengenai sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan, makna warna yang terdapat dalam bendera Wilayah Persekutuan Labuan dan lokasi yang menarik di Pulau Labuan. Pihak Pusat Sumber SK Bangsar mengadakan soalan kuiz dan pertandingan mewarna bendera Wilayah Persekutuan Labuan. Kemahiran literasi maklumat diaplikasikan dalam aktiviti pameran bertema ini melalui aktiviti kuiz, mewarna bendera Wilayah Persekutuan Labuan dan sudut maklumat mengenai Wilayah Persekutuan Labuan yang telah diambil daripada internet.
Murid-murid menulis jawapan kuiz pameran dan mewarna bendera Wilayah Persekutuan Labuan.
Sudut pameran di Pusat Sumber SK BangsarKemahiran Literasi Maklumat - Murid mencari maklumat Pulau Labuan untuk menjawab soalan kuiz sempena pameran bertema Wilayah Persekutuan Labuan

PAMERAN BERTEMA "HARI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN"

Kertas Cadangan

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pameran bertema ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar dan Kelab Pusat Sumber Sekolah .

Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca dikalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti sudut pameran sejarah Wilayah Persekutuan Labuan, soalan kuiz, pertandingan mewarna bendera Wilayah Persekutuan Labuan, dan pengunjung bertuah .

Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan maklumat mengenai sejarah Wilayah Persekutuan Labuan.

1.2 Rasional

Mengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.

1.3 Matlamat

Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :

1.3.1 memupuk minat membaca di kalangan pelajar

1.3.2 memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari

pengalaman pameran yang dijalankan.

1.4 Objektif

Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :

1.4.1 memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan dan lokasi pelancongan yang menarik di Labuan.

1.4.2 mengenali bendera Wilayah Persekutuan Labuan.

1.4.3 belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.

1.5 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :

1.5.1 Semua warga SK Bangsar

2.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :

JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN

Pengerusi : Pn Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar

Naib Pengerusi : Encik Mohd Ali Bin Kasmun - GPK Tadbir dan Kurikulum

Penyelaras : Cik Norhazalina Binti Hashim

Setiausaha : Cik Nor Asiah Bt Bidin

Naib Setiausaha : Cik Amie Binti Ismail

Bendahari : Cik Norfazliah Binti Mohamad

Jurukamera : Encik Mohd Nazir Bin Majid

AJK :

Encik Zulkifli Bin Saad

Pn Zalina Binti Mohamad

Pn. Wan Izyan Binti Wan Mahadi

Pengawas Pusat Sumber

3.0 AKTIVITI PAMERAN

Gambar bendera Wilayah Persekutuan Labuan.

3.3 Maklumat mengenai sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan dan lokasi tempat pelancongan yang menarik di Labuan.

3.4 Soalan kuiz

3.5 Pengunjung bertuah

3.6 Pertandingan Mewarna Bendera Labuan.

4.0 TEMPAT PAMERAN

4.1 Pusat Sumber Sekolah

5.0 PERALATAN

Papan pameran, kertas A4, plastik liminate, paku tekan, polisterin warna, bendera-bendera Wilayah Persekutuan Labuan dan artikel daripada internet.

6.0 TARIKH PAMERAN

Jangkamasa pameran adalah :

Tarikh : 2 – 28 Februari 2012

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 Anggaran Pembelian Hadiah

i. Kuiz Tahap 1 10 orang X RM 5.00 = RM 50.00

ii. Kuiz Tahap 2 10 orang X RM 5.00 = RM 50.00

iii. Pengunjung bertuah 9 orang x RM 5.00 = RM 45.00

Tahap 1 – 3 orang murid

Tahap 2 – 3 orang murid

Guru – 3 orang

iv. Pertandingan Mewarna 20 orang X RM 5.00 = RM 100.00

JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN RM 245.00

7.2 Bajet

Bil

Bahan

Jumlah

1

Hadiah

RM 245.00

2.

Dokumentasi

RM 10.00

3.

Album

RM 15.00

4.

Gambar

RM 20.00


Jumlah

RM 290.00

8.0 PERTIMBANGAN

Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

9.0PENUTUP

Pameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping mengetahui sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan dan lokasi yang menarik di Pulau Labuan.

Disediakan oleh :

( CIK NORHAZALINA HASHIM)

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...