Flipbook.

Friday, March 9, 2012

ANUGERAH NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

1.  Program NILAM
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
2.Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan
Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan mula dilaksanakan pada tahun 2003.
3. Objektif
• Menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca
• Meningkatkan minat membaca yang berterusan
• Memperkasakan pelaksanaan Program NILAM dengan penglibatan yang lebih jitu oleh kalangan masyarakat
• Memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan
• Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina kekuatan minda
• Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang pembacaan
• Menampilkan murid yang mengamalkan ciri ciri pembaca yang berkualiti
4. Sasaran Peserta
30 peserta Anugerah NILAM 2012 akan dilibatkan dalam sesi Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan 2012 melalui pencalonan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing di bawah seliaan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.
5. Kriteria Pemilihan Calon
• Calon yang dipilih telah membaca lebih dari 360 buah buku (bagi calon Sekolah Rendah) dan 288 buah buku (bagi calon Sekolah Menengah)
• Murid yang aktif menjalankan aktiviti Rakan Pembaca dan sekurang-kurangnya telah mendapat markah minimum 50 dalam Tahap Rakan Pembaca
• Terdiri daripada murid Darjah 6 dan Tingkatan 5
• Jumlah bacaan calon dibuktikan dengan rekod bacaan yang disahkan oleh sekolah dan panel penilai negeri (JPN/PPD/PTPB/BTPN/ PKG)
• Murid yang telah membaca kadar komposisi buku mengikut bahasa yang seimbang iaitu 60% buku Bahasa Melayu dan 40% buku Bahasa Inggerís.
• Calon telah dipilih oleh panel hakim peringkat negeri
6.Kategori
Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2012 terdiri daripada 2 kategori seperti berikut:
• Sekolah Rendah
• Sekolah Menengah
7.  Hadiah

Hadiah Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan adalah seperti berikut:
Pemenang
Kategori
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Tokoh NILAM
Wang Tunai RM 2000.00,  Piala dan Sijil
Kedua
Wang Tunai RM 1500.00,  Piala dan Sijil
Ketiga
Wang Tunai RM 1000.00, Piala dan Sijil
Saguhati
2 x RM 200.00
2 x RM 200.00
Nota: Hadiah wang tunai adalah sumbangan JK Pengelola Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
Sumber :
http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan/index.php/program-aktiviti/170/271-anugerah-nilam.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...