Flipbook.

Saturday, July 21, 2012

SUDUT PAMERAN BERTEMA OLIMPIK LONDON 2012

Pusat Sumber SK Bangsar mengadakan Pameran Bertema Olimpik London 2012 sepanjang Bulan Membaca dari 2 - 31 Julai 2012. Antara aktivitinya ialah kuiz, peraduan mewarna, sudut maklumat Olimpik dan bahan bacaan yang berkaitan dengan Olimpik serta sukan.  
Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan Pusat Sumber SK Bangsar bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan gaya hidup sihat melalui bidang sukan.
 Matlamat :
1. memupuk minat membaca di kalangan murid.
2.  memupuk minat murid mengamalkan cara hidup sihat.
3.  memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil daripada pengalaman yang dijalankan.
Objektif :
1. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid sejarah sukan olimpik.
2.Murid mengenali atlet Malaysia yang mewakili negara ke Sukan Olimpik London.
3. Murid belajar dengan  mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
Sudut Pameran maklumat logo, lokasi Olimpik, nama atlet dan sukan yang disertai oleh atlet Malaysia ke Olimpik 2012 London.
Pameran buku sukan - 1Murid 1Sukan
Sudut maklumat Olimpik- nama-nama atlet yang pernah memenangi pingat di Olimpik.
Sejarah Olimpik
Atlet Malaysia ke Olimpik London 2012
Atlet Malaysia yang pernah memenangi pingat di Olimpik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...