Flipbook.

Tuesday, October 23, 2012

BENGKEL MELUKIS KARTUN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2012

Bengkel Melukis Kartun Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu telah diadakan pada 23 Oktober 2012 di Pusat Sumber SK Bangsar. Cikgu Mohd Zulkarnain Bin Nordin telah sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kartunis untuk anak didik SK Bangsar. Beliau mempunyai pengalaman sebagai kartunis dalam majalah "Gila-gila" sebelum beliau bergelar seorang guru.Murid-murid diberi pendedahan tentang ilmu asas melukis kartun dari segi penghasilan fizikal watak, nama watak dan cerita berdasarkan gambar kartun yang dilukis mengikut idea dan kreativiti murid. Pelbagai watak dan reaksi yang dapat ditonjolkan. Sebenarnya murid-murid ini mempunyai bakat melukis, cuma mereka tidak dilatih secara formal untuk melukis kartun.Alhamdulillah dengan adanya bengkel ini memberi impak yang baik untuk menanam minat murid belajar sambil berhibur.
Cikgu Mohd Zulkarnain memberi penerangan cara-cara melukis muka secara asas
Hasil karya Cikgu Mohd Zulkarnain
alat tulis 
Nama pemenang melukis kartun:
1. Nurul Atirah Bt Alias - 5 Efektif
2. Nik Mazni Iryani Bt Nik Mansor -5 Dinamik
3.Nur Shuhada Bt Ikhwan - 5 Dinamik
4. Nur Anis Balqis - 5 Dinamik
5. Muhammad Hazim Haziq Bin Zainal - 
6. Amira Shazwana Bt Ahmad Shaifuddin - 4 Efektif
Hasil kerja murid
Ceria dengan hasil sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...