Friday, March 22, 2013

PAPAN KENYATAAN DI BILIK MEDIA

Papan kenyataan di Bilik Media telah dikemaskini.
Papan kenyataan Bilik Media 2013
Sebelum
Pengawas Pusat Sumber mengemas kini papan kenyataan
Menampal kertas bercorak

Menampal border huruf dan cendawan
huruf
cendawan
02042013-Menampal peranan Jawatankuasa NILAM
Menampal poster EDUWEBTV
50% Siap papan kenyataan Bilik Media

Wednesday, March 20, 2013

DATA NILAM JAN-FEB 2013

Semua murid wajib melibatkan diri dalam Program NILAM.
Ringkasan Status Perlaksanaan Program NILAM Tahap Jauhari 2013
Bilangan Buku Bulanan dibaca oleh murid - Januari sehingga Februari 2013
Purata Bacaan Tahunan - 8 buah buku per murid
Purata Penglibatan murid 31.18%




SOALAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM ANGKASAPURI – 14 MAC 2013
Kumpulan : _________________________________
1.        RTM bermaksud ____________________________________________
2.        RTM terletak di _____________________________________________
3.        Nama pemandu lawatan RTM _________________________________
4.        RTM telah ditubuhkan pada ________________________.
5.        Cogan kata TV 2 ___________________________________________
6.        Nyatakan 3 rancangan dokumentari yang diterbitkan oleh RTM
i.              _______________________________________________
ii.            _______________________________________________
iii.           _______________________________________________
7.        Nyatakan 2 siaran radio RTM ________________________________
8.        RTM di bawah Kementerian _________________________________
9.        Nyatakan 5 nilai murni yang kamu perolehi daripada lawatan ke RTM Angkasapuri.

9. Nyatakan 2 kebaikan yang kamu dapat daripada lawatan ke RTM.
i. ____________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________
    10. Sediakan laporan lawatan.
Nama ahli kumpulan :
________________________________________________________________


PINTU MASUK PSS

Pintu masuk PSS telah berubah wajah.
Sebelum
semasa
Semasa





PAPAN MAKLUMAT LALUAN KE PSS

SK Bangsar telah dipilih antara 6 buah sekolah di Kuala Lumpur untuk menerima peruntukan Khidmat Bantu  PSS pada tahun 2012.
AJK Pusat Sumber membantu membersihkan ruangan untuk dipasangkan maklumat Misi, Visi dan Moto PSS.
20 Mac 2013 Pusat Sumber SK Bangsar telah menerima bahan khidmat bantu.
Laluan dari pejabat ke PSS
Mengukur dan meletakkan papan "Misi, Visi dan Moto PSS"

Monday, March 18, 2013

MINGGU BAHASA INGGERIS 2013

Majlis perasmian Minggu Bahasa Inggeris telah diadakan pada 18 Mac 2013.
Buku program


Friday, March 15, 2013

CANTUM NOMBOR

Pusat Sumber SK Bangsar telah membuat aktiviti mencantumkan huruf dan mewarna gambar berdasarkan nombor yang telah dicantum.

Thursday, March 14, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM ANGKASAPURI

Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke RTM Angkasapuri pada 14 Mac 2013. Seramai 40 orang murid  Tahun 4, 5 dan 6 serta 4 orang guru pengiring yang diketuai oleh Cik Norhazalina Hashim, Pn Zalina Muhamad, Encik Mohd Nazir Majid dan Encik Zulkifli Saad telah menyertai lawatan tersebut.Program Lawatan Sambil Belajar ke RTM Angkasapuri ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah penubuhan RTM Angkasapuri . Di samping itu, program ini juga murid-murid boleh  menimba ilmu teknologi penyiaran.
Objektif :
1.  Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan RTM Angkasapuri.
2. Menimba pengetahuan  ilmu sains teknologi dan bidang penyiaran media massa.
3.  Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
4.Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
5.  Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing. 
7.40 pagi - Murid diberi sarapan pagi nasi lemak, nugget, sandwich, muffin dan air mineral.
Bergambar berlatar belakang RTM Angkasapuri - Kumpulan 1 dan 2
Bergambar di Dataran Perhimpunan - Kumpulan 3 dan 4
8.30 pagi - Murid-murid beratur menaiki bas untuk ke RTM.
8.50 pagi - Selamat tiba di RTM
9.00 pagi - Murid-murid diberi taklimat oleh wakil RTM

Studio 1 - Penerangan fungsi  Studio 1 dan peralatan yang terdapat di sini

Studio Berita - Penerangan peralatan dalam studio berita, cara pembaca berita secara langsung. Malangnya kami tidak berpeluang untuk menjadi pembaca berita kerana pihak pembaca berita  bersiap sedia untuk membaca berita Jam 10 pagi. 
Murid-murid begitu teruja mendengar taklimat tentang peralatan dan cara rakaman siaran langsung pembaca berita di bilik berita.
Murid-murid melihat dari luar studio rancangan siaran langsung Selamat Pagi 1 Malaysia diadakan serta persediaan pembaca berita Jam 10 pagi

Set Selamat Pagi 1 Malaysia - Murid bersalaman dan beramah mesra bersama pengacara Selamat Pagi 1 Malaysia Pn Tasnem Faisal.
Bersama bersama pengacara Selamat Pagi 1 Malaysia dan Hello On Two serta pelakon terkenal Fauziah Nawi.
Penerangan set terbaru - SK Bangsar merupakan sekolah pertama yang melawat Set Selamat Pagi 1 Malaysia.
Kami diberi peluang bergambar di Set Selamat Pagi 1 Malaysia
Set Hello On Two
Melihat lebih dekat kamera yang digunakan bagi rancangan siaran langsung. 
Penerangan Bilik Persalinan
Wisma Radio
Konti Nasional FM
Konti Radio Klasik FM
Murid-murid melihat rakaman yang diadakan di luar Auditorium Perdana
Pertukaran cenderahati Pusat Sumber SK Bangsar dan RTM
Cenderahati daripada RTM untuk PSS SK Bangsar
Cenderahati daripada Pusat Sumber SK Bangsar
Muzium Elektronik
Penerangan sejarah penubuhan Muzium Penyiaran.
Murid diberi peluang mencuba peralatan di Muzium Penyiaran.
Muzium Penyiaran- Murid diberi peluang mencuba peralatan lama kamera yang telah digunakan.
Muzium Penyiaran
 Bergambar di RTM Angkasapuri
12.15 tengah hari - Selamat tiba di SK Bangsar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...