Wednesday, October 30, 2013

PERTANDINGAN LUKISAN POSTER KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Pertandingan Lukisan Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan pada 29 Oktober 2013 di Pusat Sumber SK Bangsar.
Seramai 32 orang murid Tahun 4 dan 5 terlibat
Tekun menyiapkan hasilan lukisan poster KM1M
Ceria dengan hasilan sendiri

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2013

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan pada 28 Oktober 2013 di Dataran Perhimpunan. Membaca secara serentak 1 Malaysia selama 2013 bersamaan 33 minit 55 saat.

Membaca bersama

Murid prasekolah tekun membaca
Pn Che Norizam Binti Abdullah - Guru besar SK Bangsar telah merasmikan Kem Membaca 1 Malaysia 2013.
Sekeping gambar  membaca murid-murid semasa aktiviti READ 2013 saat bersamaan 33 minit 55 minit telah berjaya diupload di laman web  http://www.readtogether.com.my/read-upload.html

LAPORAN PENUH PAMERAN BERTEMA TOKOH-TOKOH NEGARA 2013

LAPORAN PENUH
PAMERAN BERTEMA TOKOH-TOKOH NEGARA 2013
1.0 TAJUK PROGRAM

1.1  Pameran Bertema Tokoh-tokoh Negara

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh             : 16 Ogos -16 September 2013


3.0 TEMPAT

3.1 Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar

4.0 OBJEKTIF

4.1       Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia.
4.2       Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
4.3       Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan   Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.


5.0      AJK PELAKSANA
Penasihat                              : Pn Che Norizam Bt Abdullah- Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina Bt Yasak – GPK HEM
                                                  Pn Tanma a/p Rajasegaran – Penyelia Petang
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Pn Nor Asiah Binti Bidin
Naib Setiausaha                  : Pn Cik Norhamizah Binti Omar
Bendahari                             :  Pn Zalina Binti Mohamad
AJK     Hadiah                       : Pn Wan Izyan Binti Wan Mahadi
                                                  Pn Faraezah Bt Mohd Kamal
                                                  Pengawas Pusat Sumber
Pameran dan Tayangan : :  Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                   Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Jurukamera                           : Encik Zulkifli Bin Saad

6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN

6.1 Sudut pameran  gambar tokoh-tokoh negara dan maklumat logo
dan tema Hari Kebangsaan
6.2 Soalan kuiz terkumpul
            6.3 Pengunjung bertuah
6.4 Pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaan
6.5 Pertandingan mewarna “Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpah
Darahku” 
6.6 Galeri Sejarah

7.0      KUMPULAN SASARAN
Warga SK Bangsar

8.0      IMPAK

8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Pameran

      Bertema Tokoh-tokoh Negara.
8.2 Murid dapat mengetahui sejarah Seniman Negara P Ramlee dan Sudirman.
8.3 Murid dapat mengetahui logo Hari Kebangsaan 2013.
8.4 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti kuiz
 dengan mencari jawapan di sudut pameran di Pusat Sumber.

9.0      LAPORAN
Pameran bertema “Tokoh-tokoh Negara” telah diadakan pada 16 Ogos – 16 September 2013. Pihak AJK Pelaksana Pameran Bertema telah menyediakan sudut pameran bertema melalui maklumat mengenai tokoh-tokoh Negara iaitu P Ramlee dan Sudirman serta logo Hari Kebangsaaan.
Warga SK Bangsar telah war-warkan mengenai pameran ini melalui laman blog PSS dan pengumuman di perhimpunan pagi serta petang. Murid-murid diberi peluang menyertai pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaan 2013. Oleh itu, murid-murid secara tidak langsung mengetahui tema dan logo Hari Kebangsaan.
Murid-murid mengaplikasilkan kemahiran literasi maklumat dengan membaca maklumat mengenai sejarah seniman P Ramlee dan Sudirman, tema dan logo Hari Kebangsaan. Murid-murid mencari maklumat dan jawapan di sudut pameran melalui pertandingan kuiz yang disertai.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada  yang disempurnakan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah, Guru Besar pada 28 Oktober 2013 bagi sesi pagi. Manakala sesi petang majlis penyampaian hadiah telah disempurnakna oleh Pn Tanma a/p Rajasegaran Guru Penyelia petang pada 21 Oktober 2013. Pihak Pusat Sumber Sk Bangsar mengucapkan tahniah kepada para pemenang.
10.0PENUTUP

Pameran ini, dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan  Malaysia.

11.0     LAMPIRAN
11.1   Nama-nama pemenang pertandingan mewarna logo Hari Kebangsaaan dan
            kuiz pameran.
11.2  Gambar-gambar aktiviti Pameran Bertema Tokoh-tokoh Negara.

Disediakan oleh :

Friday, October 25, 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN PERSARAAN PN SOLEHA

25102013-Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak dan Persaraan Pn Soleha  telah diadakan di Dewan Bestari SK Bangsar.
Sambuatn Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
 Sumber : http://www.jkm.gov.my/oldsite16082013/index.phpoption=com_content&view=article&id=53%3Ahari-kanak-kanak&Itemid=98&lang=ms
Backdrop

 Bacaan doa oleh Ustaz Amir
 Ucapan Ketua Murid

Ucapan Guru Besar- Pn Che Norizam Binti Abdullah
Penyampaian hadiah persaraan Pn Soleha
 Persembahan Prasekolah

Persembahan kompang
Wajah-wajah guru yang digayakan oleh murid-murid Tahun 4
 Persembahan guru
Penghargaan buat murid-murid Tahun 6

Jamuan Tahun 4 di kantin, Tahun 5 di padang dan Tahun 6 di tapak perhimpunan.

Tuesday, October 22, 2013

MENAMPAL SLIP TARIKH DIPULANGKAN

22102013- Proses Teknik Bahan (Buku) - menampal slip tarikh dipulangkan. Fungsi slip tarikh dipulangkan untuk memudahkan peminjam memulangkan buku mengikut tarikh yang ditetapkan.
 Slip :Tarikh dipulangkan"
 Menampal slip tarikh dipulangkan buku baru

Monday, October 21, 2013

PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH NILAM DAN PAMERAN BERTEMA TOKOH NEGARA SESI PETANG

Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah NILAM dan Pameran Bertema Tokoh Negara Sesi Petang telah diadakan di Dewan Bestari pada 21 Oktober 2013. Pn Tanma Rajasegaran Selaku Penyelia Petang telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.











LDP KSSR TAHUN 4

LDP KSSR Tahun 4 telah diadakan di PKG Bangsar pada 19 Oktober 2013. Penceramah yang memberi taklimat ialah Encik Mohd Nazir (TMK), Encik Ahmad Rasidi (Sejarah), Encik Subhi (Pendidikan Seni Visual) dan Encik Mohd Zulkarnain (Bahasa Malaysia), Encik Shairol Rizal (Pendidikan Jasmani).
 TMK (Encik Mohd Nazir)

 Bahasa Malaysia (En Mohd Zulkarnain)
 Contoh RPH Bahasa Malaysia




Sunday, October 20, 2013

ANUGERAH NILAM


Anugerah NILAM 
 Penyampaian hadiah Anugerah NILAM telah disempurnakan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah pada 28 Oktober 2013 di Dataran Perhimpunan SK Bangsar.

BIL
NAMA MURID
KELAS
BIL BUKU
ANUGERAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...