Flipbook.

Tuesday, October 15, 2013

SALAM AIDILADHA

Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan Salam Aidiladha kepada muslimin dan muslimat. 
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat : Hari Raya Aidiladha hari besar Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijjah (Selepas berhenti di Arafah).

Amalan Menjelang Hari Raya Eidul Adha
Pagi 10 Zulhijah
1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai Aidiladha.
6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.
11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...