Friday, November 29, 2013

BUKU BARU

Pusat Sumber SK Bangsar telah menerima 10 buah buku yang telah didermakan untuk bahan bacaan warga SK Bangsar.

Sekotak buku telah diterima 


LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2013

LAPORAN PENUH
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2013

1.0 TAJUK PROGRAM

Kem Membaca 1 Malaysia 2013

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

28 Oktober – 6 November  2013

3.0 TEMPAT

            Sekolah Kebangsaan Bangsar

4.0 OBJEKTIF

4.1.Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
4.2.Menggerakkan program galakkan membaca.
4.3.Memupuk minat membaca secara berterusan.
4.4.Mencungkil bakat melukis poster KM1M dan mewarna kulit buku.
4.5.Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
5.0      AJK PELAKSANA
JAWATANKUASA INDUK KEM MEMBACA 1 MALAYSIA  2013
Pengerusi
Pn Che Norizam Binti Abdullah
Guru Besar
Naib Pengerusi
Encik Mohd  Ali Bin Kasmun
GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Nor Shafina Bt Yasak
GPK HEM
Penyelaras  Program
Cik Norhazalina Binti  Hashim
Setiausaha
Pn Zalina Binti Muhamad
Bendahari :
Encik Mohd Nazir Bin Majid
Ahli Jawatankuasa :
AJK Pusat Sumber
Pengawas Pusat Sumber
PA Sistem
Encik Mohd Shahrol Bin Ibrahim
Encik Abdul Halim Bin Abdullah
Juruacara
Cik Norhafizah Binti Azman         
Persiapan Dewan
Encik Nordin Bin Samad
Encik Mohd Sabri B. Che Bedolah
Encik Adenan Bin Mustapha
Disiplin
Encik Norhazlesham Bin Mad
Encik Mohd Faisal Bin Zainal Abidin
Encik Naharuddin Bin Mahpot
Jurukamera
Encik Izatul Akma B. Ab.llah
Encik Mohd Nazir Bin Majid
Hadiah :
Cik Nurfazliah Binti Muhamad
Pn Zalina Binti Muhamad
Cik Amie Bt Ismail
                                                            Dokumentasi        :
Cik Norhazalina Binti Hashim
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
28 Oktober – 6 November  2013
Panitia / Aktiviti
Tarikh /AJK Pelaksana
  1. Membaca Bersama Selama 2013 saat , 33 minit 55 saat
28 Oktober 2013
Guru Bertugas
Tapak Perhimpunan
2.    Tayangan 3D, cerita pendek – Kasut Kelopak Jantung
 28 Oktober – 6 November  2013
Bilik Media
En Mohd Nazir dan Mohd Zulkarnain

  1. Pertandingan Lukisan

“Kem Membaca 1 Malaysia”


29 Oktober 2013
En Mohd Nazir
Tempat : PSS
  1. Pertandingan Mewarna Kulit Buku

28 Oktober – 6 November  2013
Tempat : PSS
5. 10 minit bersama buku
29 Oktober – 6 November  2013
Tempat : Dewan
Guru Bertugas
6. Pengunjung Bertuah Pusat Sumber

Murid
28 Oktober – 6 November  2013
Tempat : PSS

7.0      KUMPULAN SASARAN
Murid Tahap 2

8.0      IMPAK

8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Kem
Membaca 1 Malaysia.
8.2 Murid dapat mencungkil bakat melukis poster Kem Membaca 1 Malaysia dan
mewarna kulit buku.
8.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti
tayangan 3D dan cerita pendek dengan menulis nilai dan pengajaran yang
terdapat dalam tayangan tersebut.
8.4 Murid dapat menggunakan Pusat Sumber untuk mendapatkan bahan rujukan.

9.0      LAPORAN
            Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan pada 28 Okt 2013 di Dataran Perhimpunan . Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Che Norizam bt Abdullah selaku Guru Besar Sk Bangsar. Cik Norhazalina Binti Hashim Guru Pusat Sumber Sekolah telah memberi taklimat Kem Membaca 1 Malaysia. Murid bersama guru membaca buku selama 2013 saat di Dataran Perhimpunan.
Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan beberapa aktiviti antaranya pertandingan Lukisan Kem Membaca 1 Malaysia, mewarna kulit buku, 10 Minit Bersama Buku, tayangan 3D dan cerita pendek dan Pengunjung Pusat Sumber Bertuah.
Pertandingan Lukisan Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan pada 29 Oktober 2014 di Pusat Sumber. Seramai 35 orang murid Tahap Dua telah menyertainya. Murid diterangkan format cara melukis poster. Pihak Pusat Sumber menyediakan kertas lukisan. Murid membaca peralatan lukisan sendiri. Murid melukis poster KM1M selama 2 jam.
Tayangan 3D dan Cerita Pendek – Kasut kelopak jantung. Murid yang telah menonton cerita tersebut diminta menyenaraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut.
Pertandingan Mewarna Kulit Buku, murid-murid mewarna kulit buku mengikut kreativiti. Hadiah misteri diberi kepada pengunjung bertuah PSS sepanjang KM1M.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 11 November 2013 di Dewan Bestari. Encik Mohd Ali Bin Kasmun, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Semua murid melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dijalankan sepanjang Kem Membaca 1 Malaysia.

10.0    PENUTUP
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dilaksanakan dengan sistematik dan terancang yang dapat memberi impak baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca di kalangan  warga SK Bangsar.
11.0     LAMPIRAN
11.1   Nama-nama pemenang pertandingan.
11.2  Gambar-gambar aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia.

Disediakan oleh :                                        

..........................................................
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)

Thursday, November 21, 2013

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2013

Majlis Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan pada 15 November 2013 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar.
Backdrop
Pendaftaran
Persembahan Pembukaan Silat

Hadiah
 Juruacara
 Bacaan doa
 Barisan penerima anugerah
Ucapan Guru Besar- Pn Che Norizam Binti Abdullah
Anugerah Tokoh NILAM Tahap 2
Nur Siti Batrisya Binti Norazman - 5 Dinamik
Guru-guru SK Bangsar

KEPUTUSAN UPSR 2013

14 November 2013- Pengumuman UPSR 2013. Seramai 8 orang murid telah mendapat 5A. Tahniah diucapkan.
Pengumuman keputusan
Berdebar menunggu keputusan 

 Menangis kegembiraan








Friday, November 15, 2013

JAMUAN PUSAT SUMBER SK BANGSAR

Jamuan Pusat Sumber SK Bangsar telah diadakan di Pusat Sumber pada 14 November 2013. Semua guru dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
kek

sambutan hari lahir
Kek untuk Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar




PIALA BINTANG CEMERLANG LOCAL AGENDA 21 KUALA LUMPUR

Pasukan futsal lelaki tahun 6 telah menjadi Johan dalam pertandingan Piala Bintang Cemerlang Local Agenda 21 Kuala Lumpur yang diadakan di Sentul. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Mohd Ali Bin Kasmun- GPK Tadbir dan Kurikulum pada 11 November 2013.
Piala Iringan dan Pusingan

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Majlis Penyampaian Hadiah Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan pada 11 November 2013 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar. Encik Mohd Ali Bin Kasmun Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Senarai nama pemenang :


Sunday, November 10, 2013

NAMA PEMENANG KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Pertandingan Lukisan Poster Kem Membaca 1 Malaysia
1. Siti Adawiyah Bt Adnan - 4 Dinamik
2. Siti Aisyah Bt Adnan - 5 Dinamik
3. Shonia Shorga Bt Montahar - 5 Inisiatif
4. Nur Izzah Bt Razali - 4 Inisiatif
5. Siti Khadijah Bt Azhar - 4 Efektif
Pertandingan Mewarna Kulit Buku
1. Siti Noor Shafikah Anuar - 4 Inisiatif
2. Nur Izzah Bt Razali - 4 Inisiatif
3. Azuin Nordhiya Bt Mohd Azmi - 4 Dinamik
4. Nurul Ain Binti Asri - 4 Inisiatif
5. Yasmeen Bt Mumin - 4 Dinami
Tayangan Cerita Pendek - Kasut Kelopak Jantung
1. Siti Maisarah Bt Abdul Rahman - Efektif
2. Yasmeen Binti Mumin - 4 Dinamik
3. Nur Asma Aqilah Binti Mohd Faizal - 6 Kreatif
4. M. Farisan Bin Fadzli - 4 Efektif
5. Adzmin Syazwan B. Mohd Khairul - 4 Efektif
http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2013/11/tayangan-drama-pendek.html
Pengunjung Bertuah
1. Nur Kamalia Bt Badli Shah – 6 Dinamik
2. Nur Ain Umairah – 4 Dinamik
3.Safwan Fathi Bin Mat Safri – 5 Fokus
4.Muhammad Aidil Ikwan – 4 Efektif
5.Muhammad Shahrul Bin Jamaluddin – 4 Efektif

Monday, November 4, 2013

MA'AL HIJRAH 1435

Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan Selamat Ma'al Hijrah 1435. Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik. 
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat : Maal Hijrah ialah majlis yg diadakan sempena mengingati dan mengambil pengajaran drpd peristiwa hijrah Rasulullah (diadakan pd bulan Muharam). 
Sumber :http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=maal+hijrah

Sunday, November 3, 2013

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan Selamat Hari Deepavali buat warga SK Bangsar yang merayakannya.

TAYANGAN DRAMA PENDEK

Pusat Sumber SK Bangsar mengadakan tayangan Drama Pendek "Kasut Kelopak Kasut" di Bilik Media pada waktu rehat.
Poster
Murid menonton tayangan drama pendek
Murid diminta menyenaraikan nilai dan pengajaran yang diperoleh daripada tayangan drama pendek "Kasut Kelopak Jantung"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...