Flipbook.

Monday, January 6, 2014

KERTAS CADANGAN GOTONG-ROYONG PERDANA PSS

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA
PUSAT SUMBER  SK BANGSAR 2014
1.0         PENDAHULUAN
Pusat Sumber SK Bangsar merupakan sebuah tempat menyediakan
kemudahan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diuruskan secara sistematik.
Persekitaran  Pusat Sumber SK Bangsar yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.
2.0 RASIONAL
Suasana dan persekitaran PSS yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan  yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.
3.0 MATLAMAT
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,ceria,  cantik,  dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar  iaitu selaras Visi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.
4.0 OBJEKTIF
1. Mewujudkan persekitaran PSS yang lebih ceria dan kondusif.
2. Meningkatkan  kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang bermaklumat.
3. Memupukkan sikap bertanggung jawab terhadap PSS.
4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
5. Menjadikan kawasan PSS selesa dan mendorongkan pembelajaran di kalangan pelajar.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
AJK PSS dan Pengawas Pusat Sumber SK Bangsar
6.0  JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat                  : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                 : En.Mohd Ali Bin Kasmun- GPK Tadbir dan Kurikulum
Penyelaras                : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha               : Pn  Nor Asiah Bt Bidin
Bendahari                 : Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
Jurukamera               :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK                             : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                      Pn Zalina Binti Mohamad
                                      Pengawas Pusat Sumber
7.0       AKTIVITI PAMERAN
            7.1       Pendaftaran
            7.2       Taklimat ringkas
            7.3       Pembahagian kumpulan:
            i. Proses Teknik Bahan Buku
            ii. Penyusunan buku di rak- Fiksyen Bahasa Melayu, Fiksyen Bahasa
Inggeris, rujukan dan bukan fiksyen.
iii. Susun atur kedudukan fizikal PSS.
iv. Menampal kata-kata hikmah
v. Pemilihan buku untuk pinjaman pukal.
7.4 Jamuan makan
8.0       TEMPAT PAMERAN
            8.1       Pusat Sumber Sekolah
9.0       PERALATAN
            Banner, liminate,  dan  plastik alas meja
10.0     TARIKH
4 Januari 2014 – Sabtu (8.00 pagi – 11.30 pagi)
11.00      ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
Bahan
Jumlah
1.
1 Makanan dan minuman
 10 orang murid x RM 5.00 = RM50.00
RM50.00
2.
Gambar
RM 30.00
3.
Dokumentasi
RM 20.00
4.
Banner Kata-kata Hikmah
RM 150.00

Jumlah
RM 250.00
12.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan gotong-royong ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan. 
13.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa  dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...