Flipbook.

Thursday, October 9, 2014

MENTERI PENDIDIKAN MELAWAT SK BANGSAR

Tarikh : 30 September 2014

Bacaan Doa







YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh telah meluangkan masa bersama 270 murid yang menduduki semula UPSR di SK Bangsar. Beliau ketika memberi kata-kata perangsang kepada mereka berkata: "Saya (merujuk kepada murid) senyum, saya senang hati, Insya-Allah (kamu) akan dapat jawab peperiksaan dengan baik.

"Ucap terima kasih kepada cikgu, masuk bilik peperiksaan dengan baik, tenang dan fikir untuk dapatkan keputusan yang baik."

Peperiksaan ulangan UPSR yang berlangsung hari ini melibatkan dua mata pelajaran iaitu Sains dan Bahasa Inggeris.

Kertas peperiksaan yang diulang semula itu ialah Sains 018, 028 dan 038 bermula 8.15 pagi dan Bahasa Inggeris 014/1 mulai 10.30 pagi dan Bahasa Inggeris 014/2 pada 12.20 tengah hari.

Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Okt.


Petikan : https://www.facebook.com/penerangan/photos/a.10151100879478884.449967.230445633883/10152557777878884/?type=1&theater

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...